⋆⋆⋆⋆
"Kenapa kau tinggalkan aku Aaron.." ujar Daim perlahan sambil memeluk tubuh kaku itu. Air matanya mengalir pada baju lelaki itu.
Amsyar melempang wajah Aaron.
"Kau tipu kan Aaron. Kau tak mati lagi kan! Bangun lah Aaron, bangun!!" marah Amsyar. Air matanya mengalir dengan deras.
Uwais pula hanya mengalihkan pandangan ke arah lain. Tidak mahu menatap wajah Aaron. Dia menyeka air matanya dengan kasar.
Sampai hati kau tinggalkan aku Aaron! Aku tak nak kawan kau dah lepasni.
Putra pula sudah memeluk tubuhnya sambil memandang wajah Aaron yang kelihatan pucat itu. Air matanya tidak henti-henti mengalir.
"Mana Gary hah?!! Mana binatang sial tu!!!" marah Amsyar yang sudah berdiri dari tempatnya.
Ayden pula hanya menunjukkan isyarat mata terhadap Amsyar bahawa Gary berada di belakangnya.
Pantas Amsyar, Putra, Uwais dan Daim meluru ke arah Gary yang sedang mencuba untuk berdiri.
BUKK!!
"Kau dah bunuh kawan aku!!!" tengking Daim kepada Gary. Gary tersenyum sinis. Dia memegang pistol lalu diacukan pistol itu ke arah Daim.
Daim tergelak sinis dan pantas dia mengambil pistol revolver yang berada di kocek seluarnya.
"Nak mampus awal? Daim solusinya.." ujar Daim sinis.
BANG!
Daim menembak tepat pada bahagian kepala Gary. Pistol Gary sudah dicampak entah kemana. Amsyar pantas menarik kolar baju Gary, satu tumbukan padu dihadiahkan pada lelaki tua itu.
BUKK!
"Dah lah hodoh! Lepastu bodoh pula tu!" ujar Amsyar dengan sinis lalu dia mencampak tubuh itu di atas lantai.
"ARGHH SAKIT!!"
Ayden hanya memerhati dengan wajah kosong. Biarlah anak buahnya itu melepaskan geram terhadap lelaki tua itu.
Setelah tubuh Gary dicampak di atas lantai. Muncul Putra yang meletakkan kakinya di atas kepala lelaki tua itu.
"Hacker elit, pakai pistol sulit." kata Putra mendatar.
"Aku tau aku seorang hacker tapi bukan seorang sniper atau headhunter. Tapi.. Kalau benda ni dah melibatkan nyawa kawan aku.. Kau lebih baik mampus lah setan!" sambung Putra lagi dengan menengking lelaki tua itu.
Putra memijak kuat kepala lelaki tua itu dengan perasaan marah yang membuak-buak.
"ARGHH!!!" jerit Gary.
"Giliran aku pula." kata Uwais dingin.
"Kau bangun." arah Uwais datar. Namun tiada tanda-tanda untuk Gary mendengar arahan itu. Uwais tersenyum sinis lalu menarik kasar rambut Gary.
"Nak aku end kan hidup kau?" tanya Uwais sinis. Gary menggeleng laju kepalanya.
"Bukan aku yang end kan hidup kau, tapi king kami yang akan end kan hidup kau!" sambung Uwais lagi lalu dia memberikan tumbukan pada wajah Gary.
BUKK!
"Kau memang binatang!! Kau dah bunuh kawan aku!! Kau memang sial!! Binatang pun lagi baik dari kau lahh!!" tengking Uwais kepada Gary. Air matanya mengalir dengan laju.
"Ak—ku minta maaf!!" ujar Gary yang sudah lemah.
"Maaf?"
Gary mengangguk laju.
YOU ARE READING
Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©
Romance❝ Obsessive husband with his wife ❞ "Sayang.." ASYRAF HAYDEN - Seorang jejaka kacak yang mempunyai mix Itali dan merupakan keturunan Itali. Sejak dari sekolah menengah, dia meminati seorang gadis yang jauh setahun umur darinya. Sudah banyak kali dia...