🅜🅐🅗 - 𝓑𝓪𝓫 𝟐𝟕

6.6K 297 35
                                    

⋆⋆⋆⋆

   Asyraf mencelikkan matanya dengan perlahan. Dia melihat jam di telefonnya. Baru pukul 5.55 a.m.

Tangannya masih melingkar pada pinggang isterinya. Asyraf beralih pula melihat wajah comel isterinya yang sedang tidur. Dia tersenyum kecil.

"Abang rasa macam mimpi pulak berkahwin dengan sayang." ujar lelaki itu perlahan.

   Flashback..

"Woi!"

Asyraf menoleh belakang. Dia mengerutkan dahinya. Asal panggil aku macam nak gaduh aje?

"Why?" kata Asyraf.

"Kau tau tak bunga yang kau bagi kat Dareen tu, dia dah buang." kata seorang lelaki itu sambil tersenyum sinis. Asyraf terkedu. Dia tersenyum nipis. Dia hanya diam tidak berbicara.

"Eh kau dengar sini. Dareen tak layak untuk kau. Aku yang layak untuk dia. Jadi, kau jangan cuba-cuba untuk mendekati dia. Sebab aku akan jadikan dia milik aku." kata lelaki itu lagi.

"Azriq. Aku yang dapat dia dulu. Kau tu cuma kawan dia aje, tak lebih dari tu. Dan aku akan pastikan Dareen jadi hak milik aku." kata Asyraf tenang. Dia cuba untuk tidak beremosi. Kerana sekarang mereka berada di kawasan sekolah.

Azriq tersenyum sinis.

"Kau nak mati ke? Aku kata jangan dekat dengan dia kan. Dia aku punya lah bodoh!" Azriq menumbuk wajah kacak Asyraf dengan penuh dendam.

BUK

BUK

"Kau kenapa gila! Aku tak cari pasal dengan kau kan! Kau memang cari nahas lah!" kini, Asyraf pula yang menumbuk wajah Azriq.

BUK

BUK

BUK

Asyraf menumbuk kuat muka Azriq sampai dia terbaring di atas simen. Dia menumbuk dengan sekuat hati, sampai lah dia puas.

"Asyraf!"

Asyraf menghentikan perbuatannya. Dia memandang suara yang memanggil namanya. Terbit senyuman lebar pada wajahnya. Pantas dia meluru ke arah gadis itu. Azriq yang terbaring lemah tersebut dibiarkan begitu sahaja.

Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©Where stories live. Discover now