⋆⋆⋆⋆
Kereta Lamborghini Aventador itu memasuki kawasan agam rumah Dato' Arham Haqeem diikuti dengan sebuah kereta Audi R8.
Yup, kereta siapa lagi kalau bukan kereta Daim.
"Assalamualaikum mommy, daddy." muncul Ayden bersama Dareen yang baru sahaja keluar dari kereta mewah itu.
"Waalaikumussalam." jawab Datin Azlina dan Dato' Arham serentak.
"Mommy, Ayden tinggalkan Dareen kat sini sementara dulu boleh?" tanya Ayden dengan wajah datarnya
"Boleh. Tapi kenapa?" soal Datin Azlina lembut.
"Kami nak pergi berperang aunty. Takkan lah nak bawa reina pula kan. Dia pula tengah mengandung." kata Daim dengan senyuman nipis.
Datin Azlina dan Dato' Arham hanya mengangguk perlahan.
"Mana Asyura mommy?" tanya Dareen dengan senyuman.
"Ada haa kat dalam. Kejap mommy panggil dia." Datin Azlina segera memasuki ke dalam rumah untuk memanggil anak daranya.
"Okey."
Secara tiba-tiba, telefon Dareen berbunyi. Mesej dari seseorang membuatkan dirinya mengerutkan dahinya. Ayden hanya menjeling mesej itu dari sebelah Dareen.
Dareen segera melihat mesej seseorang iaitu dari nombor private.
"I—Ibu.."
"Why honey? Siapa mesej kau tadi?" tanya Ayden mendatar. Dia merasakan ada benda yang tidak kena dari tadi.
Dareen pantas memberikan telefon kepada suaminya. Air matanya mula menurun dengan perlahan.
"Abang, ibu kena culik.." Dareen mula mengeluarkan esakan kecil. Ayden melihat mesej itu dari nombor 'unknown' dan 'unknown' itu telah memberi gambar yang Puan Hadina diikat dan diculik.
"Aku dah agak." ujar Aaron perlahan namun dapat di dengari oleh mereka semua.
"Aaron. Bagitau kitorang. Kau tau kan semua ni?" tanya Putra serius. Aaron hanya diam tidak membalas kata-kata jejaka itu. Ya, memang aku tahu..
"Kalau kau tau, kenapa kau tak bagitau aku yang ibu kena culik!" marah Ayden. Dia meraupkan rambutnya dengan kasar. Aaron hanya diam membisu dengan wajah yang bersalah.
"Bagitau aku. Siapa yang culik ibu aku?" tanya Danial mendatar. Dia mencengkam kasar bahu jejaka itu.
"Lah apasal semua nak tanya aku ni?" Aaron sudah mengerutkan dahinya. Aku ni bukannya ahli nujum.
"Sebab kau kan semua benda kau tahu." jawab Amsyar mendatar.
"..........."
"Jawab Aaron." kata Putra mendatar. Namun, Aaron hanya mendiamkan diri sambil menundukkan kepalanya.
"..........."
"Dah bisu eh kau?" kata Uwais pula. Dia menyentuh bahu jejaka yang menundukkan kepala dari tadi.
"............"
"Aaron. Tolong bagitau siapa yang culik ibu aku. Aku tau kau boleh nampak masa depan walaupun seminit kemudian pun kau boleh agak benda yang akan terjadi." kata Danial perlahan.
"Gary." jawab Aaron sepatah.
"Kat mana?" tanya Daim.
Aaron hanya diam sebentar sebelum membuka mulut.
"Itali."
"Sediakan jet aku ke sana. Kita akan bertolak sekarang." arah Ayden.
"Baik."
YOU ARE READING
Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©
Romance❝ Obsessive husband with his wife ❞ "Sayang.." ASYRAF HAYDEN - Seorang jejaka kacak yang mempunyai mix Itali dan merupakan keturunan Itali. Sejak dari sekolah menengah, dia meminati seorang gadis yang jauh setahun umur darinya. Sudah banyak kali dia...