🅜🅐🅗 - 𝓑𝓪𝓫 𝟏𝟑

8.7K 324 26
                                    

⋆⋆⋆⋆

    Malam sudah pun menjelma. Jam di Malaysia pada ketika itu sudah menunjukkan pukul 9.30 p.m

"Ibu naik atas kejap ye. Dareen kacau dulu lauk Tom Yam ni." Puan Hadina mengelap tangannya yang basah itu pada bajunya. Dareen senyum sahaja.

"Baik ibu."

Sunyi suasana di dapur pada ketika itu. Yelah, dia seorang sahaja yang berada di dapur.

Dareen sudah seram sejuk. Mana yang lain? Diam je. Suaminya pun masih tidak keluar dari bilik tidur mereka.

Bunyi derapan kaki seseorang yang baru turun dari tangga membuatkan Dareen menoleh belakang. Terlihat seorang lelaki yang kemas berpakaian serba hitam. Lengan baju yang dilipat hingga ke siku. Gaya rambut yang digayakan dengan 'messy hair'. Mata lelaki itu ternampak wajah Dareen yang sedang melihat ke arahnya. Dia tersenyum tipis.

"Eh kakak ipar! Kakak ipar masak apa tu?" Amsyar berdiri di sebelah kakak iparnya dan tersenyum melihat wajah Dareen yang kelihatan tekun memasak. Dareen senyum manis.

"Tom Yam lah, ni pakai-pakaian semua warna hitam ni dah kenapa?" soal Dareen. Nak pergi membunuh ke apa pakai warna hitam ni?

"Ouh, kejap lagi kitorang nak keluar kejap hehe.." ujar Amsyar. Dareen mengangguk perlahan.

"Asyraf pun sama ke?" soal Dareen. Amsyar mengangguk laju.

Amsyar dan Dareen mula berborak-borak, bergelak tawa bagai. Mereka tidak sedar ada seseorang yang memerhati mereka berdua dengan wajah yang cemberut. Kakinya mula mengorak langkah ke dapur dengan wajah yang tidak berpuas hati.

Amsyar yang sedar akan ada seseorang yang berada di belakangnya mula menoleh. Mukanya teruja. Abangnya, Asyraf Hayden. Mesti dia jeles kan. Amsyar sudah tergelak dalam hati. Dapat dilihat pada mata Asyraf yang matanya berwarna amber membuatkan Amsyar mengetahui itu bukan Asyraf, itu adalah Aden.

Amsyar memulaukan Aden. Dia masih lagi rancak berborak bersama Dareen. Dareen masih lagi tidak perasan akan kelibat suaminya yang sudah berada tepat di belakangnya. Aden masih setia mendengar perbualan antara adiknya dan isterinya sehingga ada satu soalan yang dikeluarkan oleh Dareen membuatkan Aden tidak senang.

"Am, awak single tak?"

"Eh saya single lagi lah kak. Kenapa? Nak try Am ke?" kata Amsyar mengusik. Matanya sempat mengerling abangnya yang mempamerkan wajah tegang. Dia ketawa perlahan. Sengaja.

Aden menggenggam penumbuknya. Jangan sampai tangan aku yang cantik ni mendarat elok kat muka kau Am!

'Lembik kau Aden' suara tersebut bergema di kepala Aden. Aden memegang kepalanya. Sakit kepala dia sudah datang.

'Diam lah gila!' marah Aden di dalam hati namun Han dapat mendengarnya. Suara tersebut merupakan Han. Han ketawa kuat di dalam kepala Aden.

'Dah lah jangan usik dia. Menangis dia nanti' kata Asyraf.

'Haihh yelah yelah.. Aden, biar aku yang uruskan. Kau perhati elok elok eh.' Han tergelak kecil. Aden mengangguk perlahan lalu matanya bertukar berwarna hazel. Han tersenyum sinis dalam diam. Matanya tajam menatap Amsyar.

"Eh, ada-ada jelah Am ni. Takkan lah saya nak try awak pulak kan. Lagipun saya dah ada suami." balas Dareen dengan ketawa kecil. Ni kalau suaminya dengar ini, mahu kena belasah Amsyar oleh suaminya.

"Sa-"

"Betul. Lagipun, baby girl aku takkan try orang muka hauk macam kau." kata Han sinis. Dia memeluk pinggang isterinya. Dareen sudah terkedu. Asyraf dengar ke apa yang Amsyar kata itu..

Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©Where stories live. Discover now