⋆⋆⋆⋆
"Apa?! Kau nak kahwin?!!" jerit sahabat baik Dareen. Siapa lagi kalau bukan Afrin Raihana. Dareen menutup telinga. Bingit oi!
"Ish jangan lah cakap kuat sangat." mendengar kata-kata Dareen, pantas sahaja Hana meletakkan tangannya ke dahi gadis itu. Dareen mengerutkan dahinya. Dah kenapa minah ni?
"Tak demam pulak kau.. Mimpi apa kau ni sampai tetiba nak kahwin. Kau kan susah sikit nak mencintai orang." jeling Hana kepada Dareen. Dareen memeluk tubuhnya.
"Takda, lelaki itu yang lamar aku. And lagipun lelaki tu dah bayarkan pembayaran hospital adik aku. So, aku nak balas balik budi dia." Hana hanya mengangguk seperti burung belatuk.
"Ouhh, kau kahwin dengan siapa ni? And bila tarikh korang kahwin?" soal Hana.
"Kau ingat tak lelaki semalam? Haa lelaki tu lah yang aku kena kahwin dengan dia, dan tarikh tu aku tak tau." melopong mulut Hana mendengar kata-kata Dareen.
"Biar betul kau ni! Wah, nasib baik kau terima dia, dia tu dah lah handsome!" ujar Hana. Dareen mengeluh perlahan. Dia memang handsome, tapi dia pelik sikit. Warna mata dia boleh berubah-ubah.
"Tapi dia tunang orang tau." kata Dareen. Terbuntang mata Hana.
"Hah?! Serius lah? Habistu kenapa dia ajak kau kahwin?" Hana berkata dengan kuat. Sekali lagi, Dareen menutup telinganya.
"I don't know. Lagipun dia tak pernah sukakan tunang dia tu. Tunang dia tu pun kurang ajar dho, dah lah pakai baju macam tak cukup kain." balas Dareen. Dia masih lagi tidak berpuas hati terhadap gadis itu. Dah lah kurang ajar!
"Haha, kau rampas aje lelaki tu dari tunang dia." kata Hana selamba. Dareen hanya diam sahaja. Hana memang suka nak rosakkan rumahtangga orang. Haihh..
⋆⋆⋆⋆
Kelas sudah tamat. Tiba masanya untuk pulang ke rumah. Yahoo!
Ting!
Bunyi notification telefon membuatkan Dareen melihat telefon bimbitnya.
+6011********
Siapa pulak natang ni? Nak scam aku ke apa?
Dareen membuka mesej tersebut.
'Aku ambil kau.'
'Jangan balik dulu, aku nak ajak kau jumpa mommy aku.'
'See you there, dear ❤️'
Dareen mencebik. Tahu sangat siapa! Siap letak emoji love lagi. Cis! Nak buat aku blushing lah tu! Hana melihat mesej tersebut di dalam telefon kepunyaan Dareen. Tiba-tiba dia menepuk kuat bahu sahabatnya lalu tersenyum nakal.
"Waaa! Bakal husband ajak jumpa bakal mak mertua tu! Apa lagi, kau tunggu lah kat luar pagar!" ujar Hana lalu menolak Dareen untuk ke luar pagar kolej. Dareen meringis kesakitan. Bongok punya kawan! Nasib baik aku tak jatuh tersungkur. Kalau tak siapa nak kahwin dengan Asyraf nanti? Haih, tak sabar-sabar betul! Aku taulah yang aku kena tunggu dia kat luar kolej!
"Ishh, kau ni!" Dareen menjeling tajam Hana.
"Hehe, bye.. Ayah aku dah sampai! Good luck jumpa bakal mak mertua!" balas Hana dengan sengihan lalu berlalu pergi meninggalkan Dareen yang menatapnya tajam.
"Haih." keluh Dareen. Dia menghantar mesej kepada Asyraf a.k.a bakal suaminya.
'Okey.. Tapi kalau daddy awak tak suka saya macam mana?' - Dareen
YOU ARE READING
Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©
Storie d'amore❝ Obsessive husband with his wife ❞ "Sayang.." ASYRAF HAYDEN - Seorang jejaka kacak yang mempunyai mix Itali dan merupakan keturunan Itali. Sejak dari sekolah menengah, dia meminati seorang gadis yang jauh setahun umur darinya. Sudah banyak kali dia...