⋆⋆⋆⋆
Tiga bulan kemudian..
Dareen turun dari tangga dan melangkahkan kakinya ke dapur.
" Reina? Reina nak buat apa tu? " soal Uwais yang sedang bermain game mobile legend bersama Aaron, Daim, Putra dan Zamir.
" Haih, saya nak masak lah. Tak nampak ke saya ada kat dapur ni? " soal Dareen mendatar.
" Uishh garangnya reina. Takut lah kitorang yang comel comel belaka ni. " jawab Aaron.
" Comel taik kucing kau. Aku yang paling comel kat sini. " kata Putra menjeling Aaron.
" Dah diam lah, jangan gaduh kat sini! " marah Daim. Dia tengah stress tu hahaha sebab asyik kalah je main game.
Zamir segera bangun dari kusyen dan pergi ke dapur.
" Dareen, kau tak payahlah nak masak-masak ni. Kau tu dah lah tengah sarat. " ujar Zamir risau.
" Saya boring lah asyik duduk diam je. Tak buat kerja apa-apa. Saya nak masak. Dah lama saya tak masak. " kata Dareen memeluk tubuhnya.
" Ye aku faham perasaan kau. Tapi kau tu tengah sarat mengandung Dareen. Kang nanti terberanak kat sini, siapa yang susah? Aku juga. Siapa yang kena marah nanti? Aku juga. " kata Zamir.
" Yelah yelah.. Lagi seminggu kot saya dah nak beranak. " kata Dareen dengan wajah yang penuh kesal.
" Lagi seminggu pun boleh jadi harini kau beranak. " kata Zamir mendatar.
" Eh mulut tu jaga sikit eh. Aku cili karang. " kata Dareen menjeling Zamir. Zamir membuat muka mengejek.
" Assalamualaikum.. " kelihatan seperti seseorang baru pulang dari kerja.
" Abang!! " Dareen berlari kecil menuju suaminya.
" Mi amore. Jangan lari-lari, nanti jatuh. Tunggu kat situ, biar aku yang datang. " ujar Ayden tegas.
Dareen mencebikkan bibirnya ke depan. Ayden segera menghampiri isterinya.
" Dah kenapa pulak menangis? " soal Ayden mengerutkan dahinya.
" Abang marah Dareen. " Dareen memuncungkan bibirnya.
" Marah je pun. Bukannya aku lempang. Dah jangan nak mengada sangat. Ikat kau kat pokok kang. " ugut Ayden. Dareen menggelengkan kepalanya dengan laju.
" Tak nak kena ikat kat pokok.. " kata Dareen dengan suara yang perlahan.
" Okey okey, dah jom. Kita naik atas. Aku penat ni. " kata Ayden lalu menggendong isterinya ala bridal style lalu hendak menaiki tangga.
Dareen tergelak suka. Dia memeluk leher suaminya.
" Suka kau eh.. Baling kat hutan kang. Dah lah berat. " kata Ayden. Dareen memuncungkan bibirnya.
" Humph! Tak nak kawan abang! "
Ayden tergelak kecil. Dia mencium sekilas bibir isterinya.
⋆⋆⋆⋆
Danial menatap Asyura dari jauh. Bibirnya tiba-tiba mengukirkan senyuman.
" Bro. Pandang awek ke tu? " soal Rayyan yang merupakan sahabat baik Danial.
" Hm.. " Danial menggumam sahaja lalu berhasrat hendak menuju ke Asyura.
" Asyura. " panggil Danial dengan nada yang dingin.
" Ya saya? " Asyura memandang Danial dengan senyuman manisnya.
" Ikut aku. " Danial menarik tangan Asyura bagi mengekorinya. Asyura hanya diam tidak berkutik.
YOU ARE READING
Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©
Romance❝ Obsessive husband with his wife ❞ "Sayang.." ASYRAF HAYDEN - Seorang jejaka kacak yang mempunyai mix Itali dan merupakan keturunan Itali. Sejak dari sekolah menengah, dia meminati seorang gadis yang jauh setahun umur darinya. Sudah banyak kali dia...