🅜🅐🅗 - 𝓑𝓪𝓫 𝟓𝟑

4.4K 205 73
                                    

⋆⋆⋆⋆

        Dua minggu kemudian..

Amsyar hanya termenung di sisi katilnya. Seseorang membuka pintu biliknya dengan perlahan.

Amsyar memandang gerangan yang membuka pintu itu.

"Am, jom makan.." ajak Putra. Amsyar menggeleng laju. Matanya mula berair. Sejak dua minggu kematian Aaron, Amsyar asyik terperap di dalam biliknya sahaja. Dan seminggu selepas kematian Aaron, Uwais dan Daim mengalami demam panas.

Suasana di rumah mewah itu sudah tidak ceria seperti dulu lagi. Tidak ada pergaduhan, tidak ada kekecohan. Semuanya sudah tiada.

"Am, sampai bila kau nak macam ni.." ujar Putra lembut. Dia menepuk bahu kawannya.

"Aku tak terima yang dia dah takda.." jawab Amsyar perlahan.

Putra senyum nipis. Dia menepuk perlahan bahu Amsyar yang sedang menundukkan kepala.

Amsyar pantas memeluk tubuh Putra.

"Aku rindu dia Put.."

Putra membalas pelukan tersebut.

'Aku pun rindu dia..' desis hati Putra.

"Dah-dah. Jom kita makan. Lepas ni kita melawat kubur dia okey.." kata Putra dengan senyuman. Amsyar mengangguk perlahan.

⋆⋆⋆⋆

Danial mengukirkan senyuman manis apabila ternampak kelibat Amsyar dan Putra yang baru sahaja turun dari tangga.

"Am, jom makan. Aku ada masak ni." ujar Danial yang sedang menyediakan sarapan pagi iaitu nasi goreng kampung.

Amsyar mengangguk perlahan. Di meja makan itu, ada Daim, Uwais yang sedang diam membisu sambil memakan nasi goreng.

Amsyar mengambil tempat duduk bersebelahan Uwais yang sedang menguis nasi itu. Dia memandang depan mejanya. Terdapat kerusi kosong. Itulah tempat Aaron semasa makan. Amsyar menundukkan kepalanya.

"Haa korang! Duduk lahh!! Tadi aku ada tolong Danial masak sikit hehe!" Aaron menarik tangan Uwais dan Amsyar untuk duduk di atas kerusi. Putra dan Daim pula sudah berada di meja makan itu. Mereka melihat pemakaian Aaron, pakai apron bergambar didi and friends.

Haihh, macam budak-budak! Tapi Aaron tu memang minat didi and friends..

"Eh mana ada kau tolong. Kau memekak adalah kat dapur tu. Aku sorang je yang masak." kata Danial menjeling Aaron.

"Entahnya. Aku tak percaya kalau Aaron tolong Danial memasak.." ujar Daim mengambil tempat duduk bersebelahan Amsyar. Aaron hanya tersengih.

"Wahh, kau masak apa ni Nial?" soal Amsyar.

"Aku masak makaroni!! Tadaa! Tapi ni guna resepi kakak aku tau haa.." jawab Danial dengan senyuman.

Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©Where stories live. Discover now