⋆⋆⋆⋆
Dareen terjaga dari tidur. Ter blushing punya pasal sampai tertidur, hoho. Dia melihat sekeliling, diam aje semua orang. Takkanlah tak balik lagi? Dia melirik jam di dinding.
5:15 p.m
Dan dengan pantas Dareen menurun bawah. Dia melihat bahawa tiada sesiapa yang berada di ruang tamu mahupun di dapur. Mana yang lain? Tak balik lagi ke? Dah pukul berapa dah ni..
Dia mengintai ke luar sekejap. Eh? Ada bodyguard Asyraf lah. Tapi diaorang ni tengah tidur. Hmm biar jelah, takkan lah nak kacau. Diaorang mesti penat.
Lalu Dareen membuat keputusan untuk memasak maggie kari dan menonton televisyen.
Setelah memasak maggie kari, dia mula menonton televisyen. Dia ketawa kerana menonton cerita Upin & Ipin. Tiba-tiba, ada bunyi pinggan pecah dari dapur. Dareen sudah kaku lalu bergegas untuk ke dapur. Ada dua pinggan yang jatuh pecah.
"Haish, siapa lah yang pecahkan pinggan ni! Dah makan tak reti nak letak elok-elok.. Eh! Tapi aku seorang je kat rumah ni. Mana ada sesiapa.." ujar Dareen. Tangannya menongkat dagunta. Dia menggelengkan kepalanya untuk menidakkan pemikirannya. Think positive, maybe ada kucing yang jatuhkan.
Lalu Dareen pergi ke ruang tamu kembali dan menonton semula cerita Upin & Ipin.
Dalam beberapa minit kemudian, ada seseorang yang mengetuk pintu. Dareen apalagi, dia tengok lah kat luar siapa yang ketuk tu kan. And dia nampak ada abang j&t bawa barang. Dia pun membuka pintu.
"Err ye?"
"Nur Asyura Haniya binti Mohd Arham Haqeem ada?" soal abang j&t itu. Abang j&t itu memakai mask berwarna hitam. Sejak bila pulak zaman covid-19 ni? Kan dah habis.
"Dia takda, ni barang dia eh?" soal Dareen dengan berhati-hati. Muka abang j&t ni macam sus lah..
"Haah"
Dareen meng'ouh'kan sahaja.
"Takpa, kalau macam tu biar saya jelah yang jadi wakilnya." ujar Dareen dengan senyuman. Abang j&t itu hanya mengangguk.
"Baik, puan tandatangan kat sini" Dareen mengangguk perlahan lalu menandatangani kertas yang dipegang oleh abang j&t tersebut.
"Baik, terima kasih puan" kata abang j&t tersebut. Dareen tersenyum manis.
"Ya sama-sama" balas Dareen lalu menutup pintu rumah. Tapi pelik jugak, mana van besar abang j&t tu? Biar jelah, baik aku call Asyura bagitau barang dia ni dah sampai.
Lantas Dareen membuat panggilan terhadap Asyura and yes, Asyura mengangkatnya..
"Helo Syura."
"Hello akak, kenapa akak call ni?" soal gadis itu.
"Takda, cuma nak cakap yang barang Syura dah sampai." kata Dareen dengan senyuman.
"Eh barang? Setakat ni, Syura takda oder online pun.. Kenapa kak?" Asyura mengerutkan dahinya. Dareen sudah pelik.
"Tak.. Tapi abang j&t ni kata ini barang Syura. Dia siap sebut nama penuh Syura tau. Syura jangan main-main. Akak tengah seram ni duduk seorang-seorang kat rumah." Dareen melihat sekeliling rumah mewah itu. Haihh, tetiba jadi seram lah pulak.
"Akak, Syura tak main-main. Betul kak, Syura tak oder online pun dan satu lagi, abang Asy pergi mana?" tanya Asyura.
YOU ARE READING
Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©
Romance❝ Obsessive husband with his wife ❞ "Sayang.." ASYRAF HAYDEN - Seorang jejaka kacak yang mempunyai mix Itali dan merupakan keturunan Itali. Sejak dari sekolah menengah, dia meminati seorang gadis yang jauh setahun umur darinya. Sudah banyak kali dia...