🅜🅐🅗 - 𝓑𝓪𝓫 𝟏𝟖

7.4K 301 46
                                    

⋆⋆⋆⋆

    "Bye! Jumpa esok!" kata Dareen melambaikan tangannya terhadap kawan baiknya. Hana juga turut melambaikan tangannya. Dia tersenyum kecil. Dareen melihat jam di telefon pintarnya.

12:30 tengah hari.

Mana Asyraf ni? Nak aku kena culik dulu ke baru nak ambil aku?

Dareen mengeluh. Tiba-tiba tegur seseorang dari belakang.

"Eh Dareen!"

"Eh Qayyum? Apa awak buat kat sini? Bukan awak masih belajar kolej kat Johor ke?" soal Dareen. Tetiba je ada mamat ni kat sini? Ke dia teleport?

"Ouh, saya pindah sebab mak saya suruh pindah ke kolej ni." jawab Qayyum seraya melabuhkan punggungnya di sebelah Dareen. Dareen menjarakkan sedikit kemudian dia mengangguk. Hmm nampak macam mencurigakan lah mamat ni.

Dareen mengecilkan matanya melihat Qayyum. Qayyum berdehem.

"Err, mak awak dah sampai?" soalnya mengubah topik.

"Eh bukan mak saya. Tapi suami saya.. Erm dia belum sampai, kejap lagi datang lah tu." jawab Dareen.

"Ouh." kata Qayyum tidak beriak. Mukanya juga terlihat sangat kesal.

Pin!

Pin!

"Haa dah sampai pun!" kata Dareen seraya menunjukkan kereta mewah suaminya tersebut.

"Bye!" Dareen senyum kecil terhadap lelaki itu.

"Bye too.." ujar Qayyum perlahan. Dia sudah mengepal penumbuknya.

"Aku suka kau. Tapi kenapa kau tak pernah nak nampak aku Dareen? Malah kau reject aku? Haha kau tunggu sayang. Aku akan bunuh suami kau"

Dareen sudah pelik. Ini bukan kereta suaminya. Tapi ini kereta..

"Hai reina. Sila masuk.." ujar Aaron dengan senyuman. Dia membukakan pintu di seat belakang.

"Eh Aaron. Kenapa awak ambil saya? Mana Asyraf?" soal Dareen.

"Ouhh, king tengah ada meeting. Dia busy sikit, so dia suruh saya yang jemput reina." Aaron berkata sambil menundukkan sedikit badannya.

"Ouh baik."

Tanpa berlengah masa, dia memasuki kereta Vellfire kepunyaan Aaron.

"Aaron. Nanti awak hantar saya pergi office bos awak boleh?" tanya Dareen memandang Aaron yang sedang memandu.

"King bagi ke reina pergi office dia?" soalan dibalas dengan soalan.

Dareen mengangguk laju.

"Hmm bukan tak nak hantar. Tapi lepas ni saya ada kerja nak kena buat. Reina suruh lah Piyan ke atau Taufiq, hantarkan reina ke sana eh. Sorry sangat-sangat tau.." kata Aaron dengan rasa sebersalah. Dareen tersenyum nipis.

"Takpa. Nanti saya suruh diaorang yang hantar saya eh." Dareen hanya senyum.

Aaron mengangguk sahaja.

⋆⋆⋆⋆

    "Piyan, Taufiq" panggil Dareen kepada Piyan dan Taufiq yang sedang menonton televisyen di rumahnya.

"Yes reina, ada apa-apa yang kami perlu bantu?" soal Taufiq dengan senyuman.

"Siapa di antara korang berdua ni yang rajin?" soal Dareen.

Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©Where stories live. Discover now