🅜🅐🅗 - 𝓑𝓪𝓫 𝟐𝟑

6.8K 291 31
                                    

⋆⋆⋆⋆

   Kini, Asyraf dan Dareen berada di luar hotel. Mereka mahu berjalan-jalan lagi ke Amsterdam ini. Minggu depan mereka ke Korea pula. So, nak luangkan masa dekat sini, bukan senang tau nak ke sini. Itu pun kalau lucky je ")

"Abang.. Bila nak jalan-jalan ni. Penatlah Dareen tunggu." Dareen memeluk tubuh. Dia sekarang ni sedang duduk di atas sofa di lobi hotel tersebut.

"Just wait my dear. Aku tunggu anak buah aku sampai dulu okey?" ujar Asyraf.

"Emm yelah." balas Dareen.

Asyraf merengus kuat. Mana Daim ni? Aku call dia banyak kali, tak angkat.

Dia membuat panggilan terhadap Putra pula.

Tidak angkat juga.

"Bodoh! Mana pergi yang lain." ujar Asyraf perlahan. Dareen sudah mengerdipkan matanya berkali-kali memandang suaminya.

Baru sahaja Asyraf mahu mendail nombor adiknya, ada suara yang memanggilnya dari jauh dengan tergopoh-gapah.

"King! King!"

"Gabriel? What're you doing here? Bukan kau kat Malaysia ke?" soal Asyraf bingung. Matanya tajam menatap wajah lelaki kacak itu. Gabriel, merupakan bodyguard nya.

"Tak king. Semalam aku ikut diaorang sekali ke sini. Ni aku nak bagitau sesuatu, yang lain dalam bahaya!" ujar Gabriel dengan gelabah.

"So? Where're they now!" dingin Asyraf berkata.

"Just follow me king!" ujar Gabriel.

"Gabriel! Can you just tell me where's my bodyguard right now!" tengking Asyraf dengan kuat.

"King, you have to follow me now!" kata Gabriel. Pantas dia beredar dari situ.

Asyraf sudah bengang. Pantas dia mendail nombor Amsyar namun tidak diangkat olehnya.

Fuck! Carutnya dalam hati.

Tanpa berfikir panjang lantas dia mengikuti langkah Gabriel. Isterinya juga ditarik sama. Dareen sudah terpinga-pinga. Kenapa ni? Muka suaminya pula sudah bengis. Dareen mahu menanyakan kepada lelaki itu namun dibatalkan niatnya apabila melihat wajah berang suaminya.

Asyraf dan Dareen sedang menaiki kereta kepunyaan Gabriel. Gabriel pula sedang fokus memandu. Tiba-tiba Dareen terasa jantungnya berdegup kuat.

"Abang.. Dareen rasa tak sedap hati." ujar wanita itu berbisik di telinga kanan suaminya.

Asyraf tidak membalas namun dia mengelus kepala wanitanya itu dan memeluknya.

Telefon bimbit Asyraf berbunyi. Pantas pemilik telefon itu melihat nama yang tertera pada skrin telefon itu.

Putra beban.

Diangkatnya panggilan itu. Wajah ditayangkan serius.

"King. Kenapa call? Sorry lah aku baru lepas mandi. Takkan nak angkat call kau pulak kan waktu aku tengah mandi.." ujar Putra bergurau. Nampaknya dia salah timing untuk bergurau.

Asyraf tergamam. Dia mengerutkan dahi.

"¿No estás en peligro?" soalnya berbahasa Sepanyol.

(Bukan kau dalam bahaya ke?)

"Eh takdalah king. Kami okey aje, kenapa tanya?" tanya Putra. Dia mengerutkan dahinya. Tiba-tiba aje bosnya ini berbahasa Sepanyol.

Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©Where stories live. Discover now