🅜🅐🅗 - 𝓑𝓪𝓫 𝟏𝟗

7.6K 274 22
                                    

⋆⋆⋆⋆

    Han mengangkat tubuh kecil Dareen untuk ke bilik ofisnya. Dia menuju ke kerusi ofisnya dan melabuhkan punggungnya ke atas tersebut lalu didudukkan tubuh kecil itu ke atas pehanya. Dareen hanya diam.

Han mengusap lembut pipi isterinya. Dareen memandang wajah Han sambil mengedipkan matanya berkali-kali. Han senyum kecil. Comel la budak ni!

"Abang. Ni abang makan lah, Dareen masak makanan favourite abang, hehe." kata Dareen seraya mengeluarkan bekal makanan yang dibawa olehnya lalu dibuka penutup bekal tersebut.

Nasi putih paprik!

Tak sangka favourite makanan suaminya adalah nasi putih paprik kerana itu adalah makanan kegemarannya juga.

"Abang makan eh? Nah. Dareen duduk kat sofa sana dulu-" ujar Dareen.

Baru sahaja Dareen mahu bangun dari peha suaminya lantas Han memegang erat pinggang Dareen.

"No baby, please stay. Teman aku makan, okey?" ujar Han berbisik perlahan ke telinga wanita itu. Dareen tersenyum lalu mengangguk.

"Suapkan boleh?" pinta Han membuat muka comel. Dareen tergelak kecil lalu mengangguk. Dia mula menyuap makanan itu ke dalam mulut suaminya.

"Sedap tak?"

"It's so delicious darling. Sedap baby aku ni masak." Han mencuit hidung isterinya lalu mengucup sekilas puncak hidung wanita kesayangannya. Dareen tersenyum.

Krukk..

Dareen tersentak lalu diam. Perutnya sudah berbunyi. Dari tadi dia tidak makan. Sanggup dia berlapar sewaktu pulang ke rumah tadi demi memasak makanan untuk suaminya. Han tersedar sesuatu.

"Sweetie?"

"Emm? Ye saya. Err sorry saya mengelamun. Ni makan lagi-"

"Kau dah makan belum ni?" tanya Han lembut.

"Err.. D-dah hehe. Saya dah makan lah abang, abang je belum-"

"Don't lie to me sweetie. I asked you baby. Have you eaten yet, hm?" lembut suara Han bertanya sambil menatap wajah isteri kesayangannya.

Dareen menundukkan kepalanya dengan perlahan lalu menggeleng. Nak tipu memang tak boleh, sebab suaminya mesti dengar perut aku tadi. Lagipun, aku lapar gila sekarang ni. Bisik hati Dareen.

Han senyum nipis. Dia menongkat dagu wanita itu dengan perlahan supaya memandangnya.

"Kenapa tak makan? Nanti sakit perut macam mana?" soal Han lembut.

"Abang lagi penting, Dareen kena sediakan makanan untuk abang. Sebab tulah Dareen masakkan abang punya. Pasal Dareen nanti-nantilah makan hehe. Tak mati pun." Dareen tersengih seketika lalu menundukkan kepalanya semula.

"Hey.. Lainkali jangan risaukan tentang aku, aku boleh aje makan kat kedai. Sweetie kena makan, nanti sakit macam mana, hm? Tapi yang penting. Kau kena makan dulu, okey darling?" ujar Han perlahan dengan lembut. Isterinya itu masih lagi menundukkan kepalanya.

Han mengeluh perlahan lalu menongkat dagu isterinya itu.

"Baby..." Han tergamam. Alangkah terkejutnya melihat wajah isterinya yang sedang menangis.

"Why're you crying my baby. Aku ada salah cakap ke sampai kau menangis macam ni? I'm sorry baby if-" kata Han dengan wajah yang risau.

"Tak.. Bukan salah abang, tapi saya terharu. Abang masih lagi bercakap lembut dan sayangkan saya sedangkan dulu saya teruk menolak cinta abang.." Tergetar-tergetar suara wanita itu berkata. Han menggeleng.

Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©Where stories live. Discover now