⋆⋆⋆⋆
Jam 3.00 petang.
Asyraf menolak perlahan almari biliknya ke tepi tanpa pengetahuan isterinya. Dia mula terpinga-pinga kerana ada sebuah pintu rahsia yang berada di belakang almari.
Asyraf hanya menatap pintu rahsia itu dengan pandangan kosong.
'Kau masuk bilik tu Asy'
Suara Han mula bergema di dalam kepala lelaki itu. Hanya mereka berdua sahaja yang mendengar suara itu.
"Untuk apa?" tanya Asyraf mendatar.
'Bilik ni.. Bilik tentang kau dan Dareen. Kau nak pulih ingatan kan? Then, masuk dalam bilik ni..'
Ujar suara Han yang bergema di dalam kepalanya. Tanpa banyak soal, Asyraf terus meluru masuk ke dalam bilik rahsia itu. Dibuka tombol pintu bilik itu dengan perlahan.
Melopong Asyraf pada ketika itu kerana terkejut di dalam bilik itu terdapat banyak gambar buah hatinya. Kepalanya mula berdenyut.
"ARGHH!!" jerit Asyraf kesakitan.
Han mula bersuara. Dia mula bercerita tentang masa lalu Asyraf.
'Asyraf. Gambar perempuan yang berada dalam bilik ni adalah gambar Dareen Aryana, your wife. Dulu semasa kau berumur 13 tahun, kau dan dia pernah berjumpa pertama kali kerana dia jatuh basikal dan kau tolong dia. Then, beberapa bulan korang berkawan. Akhirnya kau pindah. Dan korang bertemu kembali semasa kau berumur 14 tahun. Ya, korang sama sekolah. Tapi, dia tak ingat kau. Dia tak ingat kaulah orang yang pernah menolongnya dan pernah menjadi kawan baiknya. Semasa kau berumur 15 tahun, kau ada perasaan pada dia, tapi dia tolak kau. Dan kau-'
"ARGHH DIAM HAN! DIAM! KEPALA AKU SAKIT!" Asyraf meraung kesakitan. Urat-urat mula timbul pada leher dan wajahnya.
Han hanya mengendahkan kata-kata Asyraf lantas menyambung cerita itu.
'Dan kau selalu cederakan diri kau sebab dia, Dareen Aryana. Ada satu masa tu, seorang lelaki yang bernama Azriq, dia rapat dengan Dareen.. Sebab Dareen menganggap lelaki itu sebagai kawan sahaja. Tapi, kau jeles. Ya, jeles dengan lelaki tu, sebab dia dapat perhatian dari Dareen. Dan, ada satu masa, Azriq tu cari pasal dengan kau. Tapi kau malas nak gaduh dengan orang time tu. Dia kata, bunga yang kau bagi kat Dareen haritu, Dareen dah buang. Dan, dia kata dia bagi amaran kat kau supaya kau tak kacau Dareen lagi. Haha, kau pun tau mamat kerek tu minat Dareen, right. Then, mamat tu tiber tak puas hati dengan kau sebab kau kata kau yang akan dapatkan Dareen tu. Mamat tu buat apa? Dia tumbuk kau, dia belasah kau. Kau apa lagi, balas ahh. Takkan nak biar je kan...'
"Han.. Stop! Aku tak nak dengar lagi ni.. S..sakit.." rayu Asyraf yang sudah lemah memegang kepalanya.
Han tergelak kecil. Dia hanya meneruskan ceritanya itu dan menghiraukan kata-kata Asyraf.
'Lepas tu, Dareen datang dan nampak kau yang tumbuk mamat bodo tu. Dareen.... Dia pertahankan mamat hodoh tu. Dareen salahkan kau sebab kau ni nak jadi samseng sebab kau belasah Azriq depan dia. Dan, kau cakap dengan Dareen supaya percayakan kau. Tapi, dia makin bencikan kau.. And balik rumah tu, kau toreh tangan... Kau cederakan diri kau sebab Dareen tak percayakan kau pun weh.. Dia lebih percayakan mamat hodoh tu dari kau. Then, Mommy kau, Daddy kau, Amsyar, Asyura dan Harraz cuba untuk hentikan kau, tapi kau tak nak. Masa tu kau terlalu gila sampai-sampai kau rancang untuk bunuh mamat kerek tu dengan tangan kau sendiri. Dan sekarang, mamat sial tu dah selamat ke neraka.. Haha'
Suara Han bergema di dalam kepala Asyraf. Asyraf yang sedang sakit itu masih memegang kepalanya.
'Lepastu, kematian mamat bangang tu.. Sampai sekarang tidak tahu apa puncanya dia mampos. Polis pun dah tutup kes dah. Polis pun malas nak siasat pasal kematian mamat sial tu. Dan sejak kejadian mamat bodo tu mampos, kau cuba untuk mendekati Dareen, tapi malangnya... Dia menolak kau. Dan ada satu masa tu, kau bagi bunga kat dia. Semua orang pun berkumpul dan melihat adegan drama korang tak berbayar tu. And kau melamar dia jadi girlfriend kau.. Tapi sayangnya, dia rejected kau nyah. Depan semua orang pulak tu.. Dan dia kata, dia takda masa nak bercinta tapi kau yang selalu desak dia untuk terima kau.. Dan masa kau balik tu, kau cederakan diri kau, kau pecahkan cermin, kau toreh tangan dan kau menangis kerana gadis itu.. Dan pada masa tu, Harraz dan mommy kau pujuk supaya kau jangan buat benda tak elok. Dan Harraz kata yang kau buat benda macam ni Dareen boleh terima kau ke.. Kau pun diam.. And time tu aku minta izin kau untuk muncul.. Eheks!'
YOU ARE READING
Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©
Romance❝ Obsessive husband with his wife ❞ "Sayang.." ASYRAF HAYDEN - Seorang jejaka kacak yang mempunyai mix Itali dan merupakan keturunan Itali. Sejak dari sekolah menengah, dia meminati seorang gadis yang jauh setahun umur darinya. Sudah banyak kali dia...