🅜🅐🅗 - 𝓑𝓪𝓫 𝟏𝟏

9.8K 332 28
                                    

⋆⋆⋆⋆

    Asyraf membawa turun bagasi seorang diri. Dia ternampak ibunya, Datin Azlina sedang menyediakan sarapan. Dia menarik senyuman.

"Eh Asy, dah nak balik dah ke?" tegur Datin Azlina.

"Haah."

"Lah.. Awalnya. Mommy tak sempat nak ajak Dareen borak-borak dulu." ujar Datin Azlina. Asyraf tersenyum nipis.

"Next time, Asy bawa Dareen jumpa mommy ye?" Asyraf mencium sekilas pipi ibu kandungnya yang sudah tersenyum kecil. Anak lelakinya yang seorang ini pandai membuat ibunya blushing. Nak harapkan Amsyar? Heh, lambat lagi.

"Yelah yelah. Ha mari sarapan dulu. Dareen mana?" soal Datin Azlina. Asyraf melabuhkan punggungnya ke atas kerusi meja makan.

"Dia ada kat atas, tengah bersiap." balas lelaki itu. Datin Azlina mengangguk perlahan.

"Erm nanti bila-bila masa Asy dengan Dareen datang lah kat sini ye. Nak tidur kat sini lama-lama pun takpa." ujar Datin Azlina. Asyraf hanya senyum.

"Insya Allah mommy. Lagipun sekarang ni Asy ada banyak kerja. Kerja sebelum ni pun Asy tangguh sebab perkahwinan." Datin Azlina mengangguk mengerti kemudian dia ternampak menantunya yang manis bertudung shawl sedang turun dari tangga.

"Dareen, mari sarapan. Lepas ni nak balik kan?" Dareen mengangguk lalu dia mula menghenyakkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan suaminya. Asyraf tersenyum kecil melihat penampilan wanitanya.

"You're so pretty dear." puji Asyraf dengan senyuman. Dareen tersenyum malu. Hehe puji-puji kita lak!

"Haa makan dulu. Nanti mommy dengan daddy makan bila kamu berdua dah gerak." kata Datin Azlina lalu berlalu ke atas untuk mengejut anak terunanya iaitu Amsyar Hayden. Susah benor nak bangun. Entah sembahyang subuh ke tak budak ni.

Sedang mereka berdua makan, Asyraf sejak dari tadi asyik merenung isterinya. Dareen sudah tidak senang duduk. Mamat ni nak apa sebenarnya?

Dareen buat tidak tahu sahaja. Kemudian dia mengambil roti kosong. Lalu makan begitu sahaja.

"Awak nak air?" Asyraf mengangguk mengiyakan kata-kata Dareen. Pantas Dareen mengambil air sirap bandung yang disediakan oleh ibu mertuanya. Roti kosong tersebut berada di mulutnya. Bibrinya sahaja yang menyentuh roti itu. Tangannya pula sedang menghidangkan air untuk suaminya.

Asyraf masih lagi merenung wajah bersih isterinya yang sedang fokus menuangkan air untuknya. Tiba-tiba dia mendekatkan wajahnya terhadap isterinya. Dareen menelan liur. Apa yang dia nak ni?

Asyraf senyum senget lalu menggigit sedikit roti yang terdapat di bibir wanita kesayangannya. Semakin dalam gigitan roti itu dan bibirnya mula menyentuh bibir isterinya. Dareen membesarkan matanya. Woi, roti aku!

Asyraf tersenyum kecil terhadap Dareen. Mereka masih lagi tidak berhenti berciuman. Dareen memandang mata suaminya dan Asyraf memandang mata isterinya. Dareen terasa sesuatu yang berada di hatinya. Adakah ini dinamakan cinta?

I think i'm in love ~

Amsyar yang baru sahaja turun dari tangga dengan tidak berbaju mula membuntangkan matanya melihat adegan pasangan tersebut. Dah macam drama Korea. Dia membuat mula meluat. Taulah korang berdua je kat dapur sekarang ni! Dah lah aku ni single!

Amsyar tersenyum penuh makna. Jom kita kacau adegan sweet diaorang berdua hehe.

Dia mula berada di belakang kerusi dua pasangan tersebut sambil tersenyum jahat. Baru sahaja dia mahu menyergah dua pasangan tersebut, ada suara yang melaung dari luar.

Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©Where stories live. Discover now