⋆⋆⋆⋆
Seminggu pun telah berlalu. Namun, Asyraf Hayden masih tidak sedar lagi dari koma. Seminggu itu jugalah Dareen Aryana sanggup menemani suaminya hingga lelaki itu bangun dari koma.
"Abang, tadi kan Aaron dia usik Dareen. Dia kata macam ni haa, nanti bila anak reina dah lahir, Aaron nak culik dia. Pastu Dareen marah lah kan. Pastu dia pergi gelak. Dareen apalagi, Dareen kejarlah dia.. Sampai-sampai ibu marahkan Dareen sebab Dareen main lari-lari. Pastu, ibu kata Dareen ni mengandung, jangan nak mengada pergi lari-lari sangat." Dareen bercerita kepada suaminya sambil memeluk tubuh yang kaku itu.
"........."
Dareen mengeluh perlahan. Ya, sejak seminggu ni.. Mesti dia akan menceritakan pada suaminya tentang apa yang berlaku padanya walaupun suaminya itu masih koma. Dia tahu suaminya itu pasti mendengar dia bercerita.
"Abang, bila abang nak bangun. Dareen rindu sangat nak dengar suara abang, nak dengar abang panggil Dareen sayang, nak dengar abang ketawa sebab kenakan Dareen. Bila hm? Baby pun mesti dah tak sabar nak dengar suara papa dia." kata Dareen.
"Abang, semalam kan.. Haa Dareen lupa nak cerita benda ni kat abang. Semalam, Amelia datang. Dia kata dia nak melawat abang. Dareen pun tak bagilah dia sentuh abang, suka-suki atok nenek dia aje nak sentuh suami Dareen. Abang ni Dareen punya seorang tau. Kalau abang ada, mesti abang dah halau dia dah. Pastu dia kata macam ni, kejap lagi suami you tu akan jadi milik I.. Dareen pun cakaplah macam ni, cik Amelia ni beli confident dari mana? Pastu dia tak jawab, tapi dia jeling kat Dareen. Eee Dareen rasa macam nak cungkil aje mata tu biar buta!" luah Dareen kepada suaminya.
"........."
"Dareen tahu abang mesti ketawa kan.." ujar Dareen. Dia mula ketawa kecil. Dipeluknya erat tubuh suaminya itu lalu mengeluarkan air matanya.
"A—Abang. Bila abang nak bangun ni?" ujar Dareen lagi perlahan.
Semasa dia memeluk erat tubuh suaminya. Tangan lelaki itu mula bergerak. Dareen terus terkedu.
"A—Abang?"
Tangan Asyraf mula bergerak perlahan-lahan dan matanya terus terbuka. Pertama sekali, dia melihat seorang perempuan yang sedang berada di atas katil hospital bersamanya. Dilihat wajah perempuan itu tampak seperti bahagia dan sedih. Dia memegang kepalanya. Sakit..
"Abang.. Abang dah sedar! Dareen rindu abang tau tak! Abang buat apa dalam mimpi tu lama-lama! Tak nak jumpa Dareen eh?" kata Dareen mengeluarkan matanya. Dipeluknya tubuh suaminya. Asyraf hanya membiarkan. Dia hanya diam tidak berkutik. Wajahnya hanya datar sahaja.
"Kau... Siapa?" tanya Asyraf. Dareen sudah tergamam. Ya, suaminya amnesia. Dareen tersenyum kelat lalu dikesat air matanya.
"Saya isteri awak.."
"Isteri? Aku pernah kahwin ke dulu?" soal Asyraf mendatar.
Dareen mengangguk perlahan.
"Abang tak ingat saya ke?"
"Tak. Betul ke kau isteri aku?" Asyraf mengerutkan dahinya. Kepalanya rasa sakit sangat-sangat.
"Ya, saya isteri awak."
"Kalau kau isteri aku... Kenapa kau cantik sangat?" tanya Asyraf. Hampir nak tersedak air liur Dareen dibuatnya. Kenapa tanya soalan macam tu encik suami oii!
"Entah. Saya tak cantik pun."
Asyraf hanya diam. Matanya tajam sahaja memandang wajah wanita itu.
"Nama kau siapa?"
YOU ARE READING
Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©
Romance❝ Obsessive husband with his wife ❞ "Sayang.." ASYRAF HAYDEN - Seorang jejaka kacak yang mempunyai mix Itali dan merupakan keturunan Itali. Sejak dari sekolah menengah, dia meminati seorang gadis yang jauh setahun umur darinya. Sudah banyak kali dia...