⋆⋆⋆⋆
Dareen menggeliat kecil. Mata digosok perlahan. Dilihat sekilas jam di telefon.
6.02 a.m.
Kedengaran bunyi pancuran air yang berada di kamar mandi. Asyraf lah tu kot..
Klak!
Dareen memandang wajah suaminya yang baru lepas mandi. Dia tersenyum kecil kepada suaminya. Handsome nya laki kita!
"Pergi mandi. Kita solat subuh sama-sama." ujar Asyraf mendatar. Matanya pula tidak memandang isterinya. Wajahnya pula tidak diukirkan senyuman seperti biasa.
Dareen senyum kelat. Dia mengangguk perlahan lalu menuju ke bilik air.
⋆⋆⋆⋆
Selepas sahaja solat subuh berjemaah. Terus sahaja Asyraf keluar dari hotel. Langsung tidak memberitahu isterinya hendak ke mana, walaupun sudah bertanya beberapa kali.
Dareen mengeluh perlahan. Kenapa dengan dia? Asyraf tak pernah-pernah palau aku.
Ke.. Takkan lah dia marah pasal malam tadi?
Dareen mendail nombor suaminya dan suaminya mengangkat panggilan tersebut.
"Abang.." seru Dareen lembut. Asyraf hanya mendiamkan diri di dalam talian.
"Abang pergi mana? Kenapa tak bawa Dareen sekali?" ujar Dareen memeluk tubuh. Bibirnya dimuncungkan manja.
"For what? Aku pergi kerja sayang. Bukan merayap, dan bukan saja-saja aku nak keluar okey? Take care. Malam ni aku balik, makanan nanti anak buah aku yang hantarkan." balas Asyraf mendatar. Dareen agak terasa dengan cara suaminya berkata, apatah lagi bila dia menggelarkan dirinya sebagai 'aku'. Kalau Ayden, dan Han gelarkan diri dia sebagai 'aku', takpalah. Tapi Asyraf ni....
"Mhmm.. Take care juga abang. Love you.." kata Dareen tersenyum nipis.
Tut.
Pantas sahaja suaminya mematikan panggilan tersebut. Dareen mengeluh perlahan. Kenapa Asyraf tak balas balik ayat 'Love you' tu?
Bunyi deringan telefon Dareen mengejutkannya. Lantas dia melihat nama yang tertera pada skrin telefon.
Cik Hana ≧▽≦ 🙆🏻♀️💗
Dia tersenyum lebar. Call ni mesti ada apa-apa kan?
"Hello?" kata Hana dalam panggilan.
"Hello Hana! Weh dah lama dho tak jumpa kau!" Dareen terjerit kecil.
"Eee haa tulah! Bercuti lagi kan! Haa pastu lupakan aku. Call aku pun tak. Ni bila aku call kau baru kau nak cakap yang kau rindu aku!" perli Hana membuat muka.
"Hehe alaa sorry lah.. Aku busy, so tak boleh nak call kau sangat hmm"
"Hmm iyolahh, haa by the way kau dengan suami kau macam mana?" soal Hana dengan senyuman.
"Macam tulah.." Dareen mengeluh perlahan. Hana sudah mengerutkan dahi.
"Weh, kenapa dengan kau ni? Macam ada masalah aje?" soal Hana prihatin.
Dareen tersenyum hambar.
"Erm pagi-pagi ni dia tak bertegur sangat pun dengan aku. Pastu palau aku. Semalam elok aje, sampai harini.. Hm entahlah weh, aku tak tau lah.. Maybe hari ini adalah hari yang paling dia benci kot, sebab tulah dengan aku aku sekalinya dia tak layan dan layan aku macam nak tak nak aje.." jawab Dareen kesal.
YOU ARE READING
Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©
Romance❝ Obsessive husband with his wife ❞ "Sayang.." ASYRAF HAYDEN - Seorang jejaka kacak yang mempunyai mix Itali dan merupakan keturunan Itali. Sejak dari sekolah menengah, dia meminati seorang gadis yang jauh setahun umur darinya. Sudah banyak kali dia...