⋆⋆⋆⋆
Asyraf dan Dareen menyalam tangan Puan Hadina dengan senyuman.
"Hati-hati memandu." kata Puan Hadina kepada menantunya.
"Baik ibu." jawab Asyraf. Dareen hanya mengangguk.
"Kakak dengan king nanti bawa balik ole-ole tau." kata Danial.
"Insya Allah.." ujar pasangan suami isteri tersebut serentak.
"Bro, kau yakin ke kitorang tak perlu ikut?" soal Harraz memeluk tubuh. Mukanya serius sahaja.
"No need. Kalau aku perlukan bantuan, aku inform ke kau nanti." jawab Asyraf mendatar. Anak-anak buah Asyraf hanya mengangguk.
"Dah lah, kitorang pergi dulu eh. Bye semua!" ujar Dareen gembira melambaikan tangannya ke arah mereka.
"Bye!"
"Asy, aku nak kau bila dah balik Malaysia je, bawa balik anak buah aku eh.." Asyraf menatap tajam Amsyar.
"Heh, ada ke balik dari sana terus dapat anak? Kan diaorang menetap di sana dalam beberapa minggu je." kata Putra memeluk tubuhnya.
"Entahnya, kau fikir buat anak tu.. Esok-esoknya, dah pregnant ke?" kata Aaron. Amsyar hanya tersengih.
"Ehehe.."
"Kami pergi dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
⋆⋆⋆⋆
"Aku... Tak sedap hati lah." kata Daim. Dia baring di atas sofa kerana tidak sihat harini. Ni semua disebabkan Aaron dan Amsyar yang memberinya makan donat basi.. Tapi don't worry, Aaron dan Amsyar pun sakit jugak hoho.
"Alaa relax lah, aku kenal king tu macam mana. Dia pandai jaga reina. Sesiapa pun tak boleh sakitkan reina dia, kalau tak memang mampuih." jawab Aaron tenang.
"Diam lah. Aku tengah cuba cari lokasi Nathan dan Gary ni. Diaorang mesti ada rancangan yang nak buat." ujar Putra. Tangannya laju menaip sesuatu di laptop kepunyaannya. Di sebelahnya pula ada Danial yang turut membantu Putra.
"Apa benda natang tu?" soal Amsyar menggaru kepalanya. Dia baru sahaja dipaksa oleh Puan Hadina untuk memakan ubat demam.
"Diam lah kau. Kau tak faham pasal cari lokasi ni." jawab Putra yang fokus menatap skrin laptop.
"Guys guys guys! Info info info!" jerit seseorang gembira.
"Apa? Kacau lah kau." jawab Putra malas.
"Ex bos kitorang tu dia inform kat kitorang.. Dia nak ke Amsterdam, ikut king. Pastu dia kata dia bawa Nathan sekali. kata Taufiq membelek skrin telefonnya.
"Nice! Berguna jugak eh korang." kata Aaron memetik jarinya.
"Diaorang sikit aje berguna. Selebihnya tak berguna pun." jawab Amsyar selamba.
Adib dan Firash membuat muka.
"Eh kira untung lah kitorang nak join team korang!" kata Piyan tidak puas hati.
"Alaa tu pun sebenarnya king yang ugut kan.." jawab Daim. Mereka berempat memeluk tubuh.
"Hah! Dah jumpa!" ujar Putra.
"Mana mana?"
"Tu. Nampak tu? Tu kedudukan Nathan dan Gary. Diaorang tengah on the way ke Amsterdam jugak.." kata Danial. Amsyar menggaru kepala.
YOU ARE READING
Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©
Romance❝ Obsessive husband with his wife ❞ "Sayang.." ASYRAF HAYDEN - Seorang jejaka kacak yang mempunyai mix Itali dan merupakan keturunan Itali. Sejak dari sekolah menengah, dia meminati seorang gadis yang jauh setahun umur darinya. Sudah banyak kali dia...