⋆⋆⋆⋆
Dareen menarik hujung baju suaminya. Wajahnya polos sahaja. Asyraf tergelak kecil. Apasal comel sangat budak ni.. Ada juga aku terkam nanti.
"Abang, bila nak sampai.." ujar Dareen manja. Dia hanya memuncungkan bibirnya. Asyraf tersenyum manis. Tangannya memegang erat tangan isterinya. Bimbang hilang nanti.
"Depan tu aje sayang kedai aiskrim nya." jawab Asyraf.
Kini, mereka berdua sudah pun tiba di kedai aiskrim. Mereka berdua memasuki kedai tersebut dan mahu memilih aiskrim.
"Ya bang, nak aiskrim yang mana?" tanya seorang pekerja lelaki yang berada di kaunter.
Asyraf hanya diam merenung pelbagai perisa aiskrim tersebut.
"Sayang, nak aiskrim apa?" soal Asyraf memandang isterinya. Tangannya merangkul pinggang isterinya.
"Emm kejap."
Dareen menongkat dagunya. Aiskrim mana yang aku nak pilih ni..
"Haa awak nak aiskrim apa? Aiskrim kon, aiskrim cawan, aiskrim batang, dan ada banyak lagi." kata pekerja lelaki tersebut. Dia tersenyum manis memandang wajah polos Dareen.
"Kejap, Dareen tak tahu nak pilih yang mana. Tapi, Dareen nak yang ni, yang ni, yang ni, ya—" belum sempat Dareen mahu menghabiskan kata-katanya, suaminya sudah memintas.
"Kenapa pilih banyak sangat?" Asyraf menundukkan badannya sedikit untuk menyamai paras ketinggian wanita kesayangannya itu yang tingginya hanya 153 cm.
"Eeee Dareen lapar lah.." Dareen mengusap perutnya dengan wajah yang cemberut.
"Kalau lapar nanti kita pergi kedai makan lah." Asyraf mengelus lembut pipi wanita itu. Dareen mula mengembungkan pipinya. Pekerja lelaki yang melihat Dareen sebegitu, segera senyum manis. Comel!
"Craving nak makan aiskrim banyak-banyak." ujar Dareen perlahan.
"Kalau macam tu, biar abang yang pilihkan okey?" ujar pekerja lelaki itu. Asyraf menoleh dan memandang tajam jejaka itu. Siapa abang kau hanat?
Dareen hanya diam memandang wajah jejaka itu. Tidak menunjukkan reaksi apa-apa, dia hanya mengedipkan matanya berkali-kali di depan jejaka itu.
"Awak nak aiskrim ni?" tanya pekerja lelaki itu. Asyraf menatap tajam lelaki itu. Ada juga yang kena tembak kat sini.
Dareen menggeleng kepalanya dengan laju.
"Yang ni?"
"Tak nak."
"Kenapa tak nak. Sedap tau.."
"Tak nak!"
"Habistu, awak nak apa si comel?" tanya lelaki itu lagi dengan suara yang lembut. Dareen tetap menggelengkan kepalanya. Dirinya menyorok di belakang tubuh sasa suaminya.
Asyraf sudah mengetap rahangnya menahan amarah. Panggil bini aku apa tadi? Si comel? Eyy mamat ni, dia nak tunggu aku mengamuk macam singa ke kat sini? Biar pelanggan dia semua lari.
"Sayang, sayang nak aiskrim apa ni?" soal Asyraf lembut. Dia mengelus pipi mulus isterinya.
Dareen mendiamkan dirinya. Bibirnya dicebik dengan manja.
"Hey kenapa diam aje ni.." kata Asyraf lembut. Tangannya memeluk pinggang wanita itu. Kedua tangan isterinya dibawa ke lehernya.
"Dareen nak abang yang tanyakan.. Bukan pakcik ni yang tanyakan.." Dareen pantas menuding jari ke arah pekerja lelaki itu. Pekerja lelaki itu sudah menggosok tengkuknya. Sejak bila aku jadi pakcik pula ni?
YOU ARE READING
Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©
Romance❝ Obsessive husband with his wife ❞ "Sayang.." ASYRAF HAYDEN - Seorang jejaka kacak yang mempunyai mix Itali dan merupakan keturunan Itali. Sejak dari sekolah menengah, dia meminati seorang gadis yang jauh setahun umur darinya. Sudah banyak kali dia...