⋆⋆⋆⋆
Ayden meraupkan rambutnya ke belakang. Dia mendail nombor isterinya namun tidak diangkat panggilan tersebut.
"Mi amore.. Angkat please."
Sudah beberapa kali panggilan tersebut tidak diangkat. Ayden melemparkan telefonnya itu di seat belakang. Dia memukul kuat stereng keretanya.
"Bodoh!"
Dia memejamkan matanya lalu dicelikkan matanya kembali. Matanya berubah menjadi coklat terang. Air mata mula turun dengan perlahan.
"Sayang.. I'm sorry."
⋆⋆⋆⋆
Three days later..
Asyraf menggeleng kepala.
"Makan Asy, kalau Dareen nampak ni mesti dia sedih tengok suami dia tak nak makan." ujar Datin Azlina lembut. Kini, Datin Azlina dan Dato' Arham terpaksa mengikut mereka ke Amsterdam bagi menjenguk Asyraf.
"Mommy.. Asy nak Dareen.. Asy rindu dia.. I want her so bad." kata lelaki itu lemah. Air mata mula menurun dengan laju.
Sudah tiga hari, Dareen diculik oleh musuhnya dan lokasi tempat isterinya diculik itu masih tidak dapat diketahui kerana diprivasikan oleh kumpulan Dragon Black.
"Kamu kena sabar. Putra dan Danial sedang mencuba untuk mencari lokasi Dareen. Kita doa yang baik-baik aje." kata Dato' Arham tenang. Dia yakin sangat yang Nathan takkan apa-apakan menantunya.
Datin Azlina hanya mengangguk lalu mahu menyuapkan nasi pada mulut Asyraf. Asyraf menggeleng lagi.
"Mommy, Asy tak nak makan. Tolong jangan paksa Asy. Asy cuma nak Dareen seorang aje." kata Asyraf perlahan. Datin Azlina mengeluh perlahan.
"Okey lah kalau macam tu. Mommy dan Daddy pergi dulu ye. Kalau nak makan, ambil aje." kata Datin Azlina. Asyraf mengangguk perlahan.
Dato' Arham dan Datin Azlina mula meninggalkan bilik hotel Asyraf yang kini hanya Asyraf sahaja yang berada disitu. Seorang diri. Tanpa isterinya yang berada di sisi.
"Sayang.. I'm fucking miss you so much." ujar Asyraf perlahan. Dia memandang gambar isterinya itu yang berada dalam gallery telefonnya. Diciumnya dengan perlahan.
Wait for me, sweetheart..
⋆⋆⋆⋆
Dareen mencelikkan matanya dengan perlahan. Badannya sudah lemah ketika ini. Sudah tiga hari dia terkurung di dalam bilik ini dan masih tiada tanda-tanda yang suaminya akan menyelamatkannya.
Asyraf.. Mana awak.. Dah tiga hari ni.. Saya sakit..
Klak!
Dareen menoleh. Lah pakcik ni rupanya. Apa dia nak? Cukuplah tiga hari lepas, aku tengok muka dia. Dan harini, kena tengok lagi muka hodoh dia? Euwww...
"Hai baby.. How? Dah tiga hari kau duduk sini? Macam takda petanda pun yang suami kau nak selamatkan kau.. Ke dia dah give up or dah tak sayangkan kau?" ujar Nathan dengan senyuman.
"Kau diam orang tua! Asyraf akan datang selamatkan aku. Kau tunggu aje nanti!" ujar Dareen tegas.
"Oh really.. Hmm, kita tunggu hari ini. Kalau dia tak selamatkan kau juga.. Kau akan aku jadikan milik aku. Selamanya.." kata Nathan dengan sinis.
"Kau tunggu! Suami aku akan selamatkan aku lah!" yakin Dareen pada dirinya.
Nathan mengangkat keningnya. Pantas dia menghubungi Asyraf menggunakan nombor private nya. Dan ya, Asyraf mengangkatnya.
YOU ARE READING
Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©
Romance❝ Obsessive husband with his wife ❞ "Sayang.." ASYRAF HAYDEN - Seorang jejaka kacak yang mempunyai mix Itali dan merupakan keturunan Itali. Sejak dari sekolah menengah, dia meminati seorang gadis yang jauh setahun umur darinya. Sudah banyak kali dia...