🅜🅐🅗 - 𝓑𝓪𝓫 𝟓𝟏 (our uomo magico)

5K 227 71
                                    

⋆⋆⋆⋆

        Putra dan Danial sedang menaip sesuatu pada keyboard di laptop mereka tersendiri. Wajah mereka kelihatan serius sahaja.

"How, boleh detect?" tanya Asyraf mendatar.

Danial dan Putra menggelengkan kepalanya sambil mengeluh.

"Eh bang, suruh jelah Aaron tu teleport lokasi ibu pastu Danial dan Putra detect lah." kata Amsyar mendatar. Dah ada Aaron, kita guna jelah mamat tu.

Asyraf hanya mendiamkan diri. Dia memandang Aaron yang sedang menutup mata sambil menyandarkan dirinya di sofa.

"Dia tengah bayangkan tempat ibu kena culik tu lah." kata Daim mendatar. Amsyar mengeluh perlahan.

"Dah 30 minit dia bayangkan kot. Dia ni tidur ke buat kerja?" Amsyar memeluk tubuh. Entah-entah budak ni tidur.

"Diam. Aku tau dia tak tidur." kata Asyraf mendatar. Amsyar berdecit kuat. Sibuk jelah orang tua ni.

Pantas Aaron membuka matanya. Nafasnya tercungap-cungap.

"Kau kenapa gila. Tiba-tiba aje. Terkejut bodoh!" kata Amsyar memandang wajah Aaron yang kelihatan serabut itu.

"I—Ibu.." Aaron sudah kaku di tempatnya.

"Aaron. Kenapa dengan ibu. Bagitau aku. Ada benda tak baik ke berlaku pada ibu?" tanya Asyraf memegang perlahan bahu jejaka itu.

"Kejap lagi.. Ibu kena bunuh." kata Aaron dengan suara yang bergetar.

"Kau tak main-main kan?" tanya Danial dingin.

"Babi, kau fikir aku nak main-main ke sial!" marah Aaron. Dalam keadaan macam ni, dia tiada masa untuk bermain-main. Ini soal hidup dan mati!

"Bila ibu akan kena bunuh?" tanya Uwais mendatar.

"10 minit lagi."

"............"

"Habistu, kau tak boleh nak buat apa-apa ke?" tanya Daim.

"Boleh. Aku boleh halang ibu dari kena bunuh." jawab Aaron dengan senyuman.

"..........."

"Kau dah dapat bayangkan tempat tu?" tanya Danial mendatar.

"Dah."

"Aku pergi dulu. Korang detect lokasi aku dan korang kena sampai sana tepat pada masanya. Sebab, aku takut aku yang akan mati." kata Aaron dengan senyuman nipis. Yang lain hanya mengangguk.

Aaron lantas memejamkan matanya dan mula membayangkan tempat lokasi Puan Hadina diculik.

"Aku gerak dulu. Cau." ujar Aaron sebelum teleport ke sana.

Semua mata memandang Aaron yang menghilang perlahan-lahan dan hanya meninggalkan kabus.

"Dia bawa pistol tak tu?" tanya Uwais mengerutkan dahi.

"Entah. Tapi aku harap dia bawa." jawab Putra. Kalau lelaki itu tidak bawa pistopnya, memang dia tak boleh nak buat apa-apalah.

Danial dan Putra sedang mencari lokasi Aaron yang sudah teleport ke tempat Puan Hadina diculik. Suara makcik google mula berbunyi pada laptop Putra dan Danial.

Putra dan Danial menarik senyuman sinis. Akhirnya!

Location successfully found!

"Baik ahh Aaron!" kata Uwais sambil melompat kegembiraan. Putra dan Danial hanya senyum nipis.

"Sediakan semua senjata. Kita akan bertolak ke sana dan aku akan bawa bini aku sekali. Jaga position masing-masing. Bila aku keluarkan arahan, baru bertindak. Jangan nak ikut kepala sendiri." ujar Asyraf dingin.

Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©Where stories live. Discover now