⋆⋆⋆⋆
"Assalamualaikum.. Kami dah balik." ujar Daim dengan suara yang perlahan. Dia membuka pintu rumah. Mereka berlapan berjalan perlahan-lahan untuk menaiki tangga.
"Fuhh takda orang. Cepat-cepat naik atas sebelum makcik Dina tegur." ujar Aaron. Yang lain hanya mengangguk.
"Baru tau jalan nak balik ke?" tegur Puan Hadina mendatar.. Mereka berlapan menghentikan langkah.
"Ehh ibu! Ibu tak tidur lagi?" soal Amsyar dengan sengihan.
Puan Hadina mengerutkan dahinya. Dah kenapa? Baru pukul lapan malam kot.
"Ouhh faham. Baru pukul lapan malam hehe.." ujar Amsyar dengan sengihan.
"Err kami naik atas dulu-" kata Daim mahu mengelak.
"Duduk sini. Ibu nak cakap sikit."
"Haihh adalah tu dia nak bebel." ujar Aaron membisik ke telinga Putra. Putra mengangguk.
"Aaron, ibu dengar eh apa yang kamu cakap." Puan Hadina memandang tajam Aaron. Aaron senyum sahaja.
"Okey, jadi ibu nak tanya.. Asyraf kerja apa sebenarnya?" soal Puan Hadina menatap tajam mereka semua.
"Dia.... Errr.... Dia...." Amsyar sudah mati kata. Nak bagi jawapan apa eh?
"Ya Allah, dia..dia... Ibu hempuk kang." kata Puan Hadina dengan wajah yang garang. Mereka menggaru kepala.
"Asyraf kerja jadi CEO." jawab Amsyar.
"Tak bukan tu. Dia ada pekerjaan satu lagi kan selain CEO?" soal Puan Hadina. Mereka sudah mulai takut.
"Ada memang ada.. Tapi rahsia la. Kitorang tak boleh bocorkan-" jawab Putra dengan senyuman kekok.
"Dia kerja mafia kan?" teka Puan Hadina. Terbuntang mata mereka berlapan. Macam mana dia tahu?
"Ha? Ma-macam mana ibu ta-" ujar Amsyar dan mendapat keluhan dari Puan Hadina.
⋆⋆⋆⋆
Flashback..
"Aku nak korang seksa je dia dulu. Jangan buat apa-apa. Biar aku yang bunuh dia guna tangan aku sendiri" ujar Asyraf di dalam panggilan. Puan Hadina yang baru sahaja mengemas bilik sebelah bilik tidur Dareen terdengar perbualan Asyraf dan seseorang.
"....."
"Okey.. Aku nak kau tanya dia, siapa yang hantar dia?"
"......"
"Ouh, anak buah Nathan rupanya.."
"Emm, kau dah suruh Adib and the geng tu perhatikan gary?"
Puan Hadina berfikir. Adib tukan budak yang mulut murai tak reti nak diam tu. Apa kaitan Adib dengan arahan Asyraf itu?
"......."
"Okey good.. No dejes que se pierda. Falló... Los mataré, muchachos. ¡Entendido!" ujar Asyraf keras.
YOU ARE READING
Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©
Romance❝ Obsessive husband with his wife ❞ "Sayang.." ASYRAF HAYDEN - Seorang jejaka kacak yang mempunyai mix Itali dan merupakan keturunan Itali. Sejak dari sekolah menengah, dia meminati seorang gadis yang jauh setahun umur darinya. Sudah banyak kali dia...