🅜🅐🅗 - 𝓑𝓪𝓫 𝟖𝟑

5.1K 158 66
                                    

⋆⋆⋆⋆

        Han mengusap perlahan wajah isteri kesayangannya yang sedang lena tidur. Bibirnya mendarat pada dahi isterinya. Penat sangat kesayangan dia lepas diaorang berasmara dana tadi.

Lalu, kedengaran bunyi tangisan kecil Aryan Darren. Han tersentak lalu mendukung tubuh kecil itu.

" Shh shh.. Papa is here Darren.. " ujar Han lembut. Dikucupnya pipi si kecil itu dengan perlahan. Matanya melihat Adrian Dennis yang sedang tidur nyenyak bersebelahan isterinya.

Bunyi tangisan kecil Aryan semakin lama semakin kuat.

" Ya Allah, demam pulak dia ni. " ujar Han sendirian lalu mencuba untuk menenangkan anak sulungnya itu. Dipujuk si kecil itu dengan pelbagai cara.

" Abang? Kenapa tak kejut Dareen? Dia nak susu ni. Meh sini bagi Dareen. " soal Dareen yang sudah tersedar dari mimpinya. Tanpa banyak kata, Han menyerahkan tubuh kecil Aryan kepada Dareen.

" Abang.. Aryan demam panas ni.. Jom bawak dia ke klinik. " kata Dareen cemas. Han mengangguk laju.

" Kau pergi bersiap dulu. " arah Han. Dareen mengangguk sahaja. Han mengeluh perlahan. Kenapa pulak anak lelaki sulungnya itu tiba-tiba sahaja demam?

        Setelah beberapa minit..

" Abang, Dareen dah siap. Jom. " kata Dareen lalu mendukung tubuh Aryan yang sedang menangis tanpa henti. Han pula mendukung tubuh Adrian yang sedang tidur lena. Mereka keluar dari bilik tidur mereka.

" Ehh kenapa pulak cucu opah nangis ni? " soal Puan Hadina yang kebetulan berada di ruang tamu sedang mengemas rumah.

" Dia demam ibu. Kitorang kena bawa dia ke klinik. " kata Dareen sambil mengusap rambut Aryan.

" Demam kuning ke? " soal wanita tua itu.

" Demam panas.. "

Puan Hadina mengerutkan dahinya.

" Kenapa tiba-tiba je demam? Padahal cuaca elok je hari ini. " kata Puan Hadina.

" Tak tau lah ibu. Kitorang pergi dulu ye. " kata Dareen.

" Haa hati-hati bawak anak-anak tu. " laung Puan Hadina dengan kuat.

        Dokter lelaki yang bernama Encik Rahim sedang mengecek tubuh Aryan. Wajahnya berkerut dan kepalanya digeleng perlahan.

"Macam mana? Anak saya demam biasa je kan?" soal Han mendatar.

" Ni bukan demam biasa. Tapi.. Demam ni pelik sikit.. " kata dokter tersebut.

" Hah? Apa yang peliknya dokter? " soal Dareen.

" Saya tak tahu macam mana terjadinya demam ni dan saya tak tahu apa nama demam tersebut. Tetapi puncanya ialah tubuh anak tuan dan puan seperti baru sahaja lepas kena suntik dengan sesuatu benda cecair yang merbahaya. " kata dokter panjang lebar.

" Kena suntik? " soal Dareen hairan.

" Ya dan suntikan ini berkemungkinan anak tuan dan puan akan bersifat aneh dan pendiam bila dia sudah besar nanti. " ujar dokter tersebut.

Dareen dan Han tergamam.

" Err anak saya boleh sembuh kan? " soal Dareen.

" Itu saya tidak pasti. Tapi setakat ni, sudah ada ramai orang yang datang ke sini dan mereka mengadu sakit di seluruh badan. Dan rupa-rupanya mereka disuntik oleh suatu cecair yang merbahaya. Dan kami mengkaji bahawa penyakit itu akan memberi kesan kepada otak. " kata dokter Rasyid.

Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©Where stories live. Discover now