⋆⋆⋆⋆
Dareen tersenyum puas dengan penampilannya. Dia menilik dirinya di cermin. Lalu senyumannya mati.
"Eee tak cantiklah pulak tudung ni!" Dareen memuncungkan bibirnya. Dibuka tudung bawal itu semula.
Dia berfikir sejenak sebelum senyumannya mulai lebar.
"Aha! Kita pakai tudung shawl lah!" kata Dareen lalu menggeledah mencari sesuatu di dalam beg bagasinya.
Dia tersenyum kecil lalu dipakai tudung shawl tersebut. Dia melihat penampilannya di cermin.
Cantik jugak aku ni! Dareen ketawa kecil. Sekali-sekala puji diri sendiri.
Klak!
Mata Dareen sudah bersinar-sinar. Dia terlompat kecil kerana muncul suaminya yang baru sahaja pulang dari 'kerja' nya itu.
"Abang! Yeay abang dah balik!" Dareen senyum lebar.
Baru sahaja Dareen mahu memeluk tubuh Han. Han pantas menggeleng.
"Sweetie, jangan peluk aku."
"Alaa kenapa– bwelkk! Abang kenapa bau darah semacam ni?!" Dareen menutup hidung dan mulutnya. Dahinya berkerut. Hampir sahaja dia mahu termuntah.
"Erm aku tadi tolong seorang nenek yang hampir kena tembak tadi, then aku hantar dia pergi hospital." Han menggosok tengkuknya. Berharap Dareen percaya akan kata-katanya. Terus berubah riak wajah Dareen.
"Lah kesiannya. Nanti Dareen nak lawat dia boleh?" pinta Dareen. Han menggeleng perlahan.
"Tak boleh sweetie, family diaorang dah ambil nenek tu dah." kata Han dengan senyuman nipis.
"Ouh kalau macam tu takpalah."
Han mengangguk.
"Aku mandi dulu." ujar Han/
"Okey."
⋆⋆⋆⋆
Klak!
Pintu dibuka dengan perlahan. Diintai sedikit, mana tau ada orang ke..
"Uwais dan Putra masuk pintu belah kanan, aku dan Aaron pintu belah kiri. Danial dan Harraz pintu depan sana. Jangan bising, nanti kita terkantoi pulak." arah Daim selaku penolong dalam kumpulan Demon Wolf. Dia memberikan tugas-tugas pada kawan-kawannya.
"Eh aku tak nak dengan budak bangang ni!" ujar Putra. Uwais memeluk tubuh lalu memandang tajam lelaki itu.
"Eleh kau fikir aku hamak sangat ke nak dengan kau." kata Uwais pula.
"Dah cukup lah! Sekarang ni kita kat markas Nathan iaitu kawasan group Dragon Black. Korang jangan buat hal kalau tak nak aku pancung kepala seorang seorang." kata Harraz dingin.
"Danial tukar. Aku dengan Harraz, kau dengan 'PAKCIK' kesayangan kau ni." kata Uwais seraya menekankan perkataan pakcik disitu.
Danial hanya diam sahaja. Pening melihat kedua-dua manusia hanat ini bergaduh.
"Asal aku pakcik pulak?" soal Putra tidak puas hati.
"Sebab kau tok guru dia! So aku gelarkan kau pakcik." ujar Uwais selamba.
"Eh hanat, aku tak tua lagi eh. Kau tu aje, muka dah serupa macam tenuk pun ada." Putra berkata dengan selamba.
"Woi, diam boleh? Kalau kita gagal rancangan ni. Tak pasal-pasal kena bunuh dengan king." kata Aaron serius.
YOU ARE READING
Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©
Romance❝ Obsessive husband with his wife ❞ "Sayang.." ASYRAF HAYDEN - Seorang jejaka kacak yang mempunyai mix Itali dan merupakan keturunan Itali. Sejak dari sekolah menengah, dia meminati seorang gadis yang jauh setahun umur darinya. Sudah banyak kali dia...