🅜🅐🅗 - 𝓑𝓪𝓫 𝟓𝟒

4.5K 213 79
                                    

⋆⋆⋆⋆

        Jam 8.30 pagi.

Daim, Uwais, Putra, Amsyar dan Danial hanya diam membisu di dalam kereta. Masing-masing melayan perasaan sendiri.

Mereka baru sahaja melawat kubur Aaron yang sebenarnya mereka merancang untuk melawat semalam tetapi kerana ada tugasan, jadi mereka tangguhkan dulu dan sekarang mereka sudah melawat kubur sahabat mereka.

Kini, mereka sudah tiba di rumah.

Uwais mendengar sesuatu. Dia berhenti berjalan.

'Mengantuk, mengantuk. Nak tidur mana~ .. Mengantuk, mengantuk. Tolonglah saya..'

Suara itu kedengaran berada di dalam rumah mereka.

"Korang, aku dengar ada orang buka lagu didi and friends. T-takkan lah Aaron kot.." ujar Uwais perlahan.

Danial yang sudah mengerutkan dahinya itu lantas mencuba untuk mendengar apa yang Uwais katakan itu.

".............."

"Takda apa-apa pun." balas Danial.

Uwais menunduk kecewa. Danial mengeluh perlahan. Uwais ini terlalu rindukan Aaron.

"Hm mungkin perasaan kau je kot." Putra menepuk perlahan bahu Uwais.

"Jom, kita masuk." kata Amsyar. Mereka berempat hanya mengangguk.

Amsyar membuka kunci rumah lalu memberi salam sebelum memasuki rumah.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam!! Korang! Jom join aku menyanyi!" ujar seseorang dengan senyuman. Dia melambai-lambaikan tangannya ke arah Uwais, Daim, Danial, Amsyar dan Putra.

Mereka berlima sudah kaku. Amsyar memandang wajah lelaki itu seakan-akan tidak percaya apa yang mereka lihat. Uwais dan Putra pula sudah memandang sesama sendiri.

Danial pula sudah membesarkan matanya kerana terkejut. Daim pula menggosok matanya untuk memastikan apa yang dilihat itu adalah benar.

"Aaron?!!"

"Ya saya?" Aaron senyum nipis.

"Ha—hantuu!!" jerit Danial lalu berlari ke atas menaiki tangga untuk ke bilik tidurnya. Aaron sudah mengerutkan dahinya. Aku dah jadi hantu ke? Haha!

"Aaron. Bukan kau dah mati ke?!!" soal Amsyar mendekati Aaron. Aaron menggeleng laju kepalanya.

"Lahh, sejak bila aku mati pulak ni. Aku hidup lagi lah. Noh, kau tengok diri aku ni." ujar Aaron sambil menggaru kepalanya.

Uwais mendekati Aaron dengan langkah yang perlahan. Aaron yang sudah tercengang itu hanya membuat muka. Dah kenapa semua ingatkan aku mati ni?

Uwais mencucuk pinggang Aaron.

"ARGHH!!" jerit Aaron sambil terlompat kecil.

"Betul lah kau ni Aaron kitorang. Huwaaaaa!!!" Uwais pantas memeluk tubuh Aaron. Aaron membalas pelukan. Daim, Putra dan Amsyar juga berlari ke arah Aaron dan pantas memeluk lelaki itu.

"Korang ni dah kenapa? Bila masa aku mati ni?" Aaron sudah pelik. Baru dua minggu dia tinggalkan kawan-kawan dia, dah kena tuduh mati.

"T—tadi baru kitorang lawat kubur kau kot." ujar Daim.

"Kubur?"

"Ya.. Kau tau tak budak tiga ketul ni menangis macam orang gila sebab rindu kau!" kata Putra sambil menggosok kepala Amsyar, Daim dan Uwais. Aaron tersenyum kecil.

Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©Where stories live. Discover now