🅜🅐🅗 - 𝓑𝓪𝓫 𝟖𝟒 (End)

9.7K 217 87
                                    

⋆⋆⋆⋆

        Aaron menyiram tubuh Laura dan Liana yang tidak sedarkan diri di dalam gudang. Laju sahaja dua gadis itu bangun dari pengsan.

"Lama dah ke tidur?" soal satu suara mendatar. Laura menelan liur.

Asyraf mendekati mereka berdua dengan senyuman sinis sambil membawa pisau lipat.

"T—Tolong lepaskan kitorang.." rayu Liana. Asyraf mengangkat sebelah keningnya.

" Lepaskan? For what? " soal Asyraf mendatar.

" Kenapa buat kitorang macam ni? Kitorang ada buat salah apa?? " soal Laura yang sudah ketakutan.

" Buat-buat tak tahu? " soal Uwais yang turut berada disitu sambil mendekati Laura. Dicengkam kuat rahang gadis itu.

"Kau dah buat anak aku menderita." Asyraf mengukir wajah Liana dengan senyuman sinis.

" T—Tolong.. J—Jangan.. K—Kitorang minta maaf. Tak sengaja.. " Liana sudah mengeluarkan air matanya. Tak sangka yang lelaki di hadapannya ini sangat psiko.

" Tak sengaja ke memang sengaja? " soal Asyraf mencucuk pisau itu pada bahu gadis itu. Liana menjerit kuat. Air matanya mengalir

" King.. Reina telefon.. " ujar Daim menyerahkan telefon kepada Asyraf. Asyraf membuat muka bengis lalu segera mengangkat telefon isterinya.

"Hello assalamualaikum abang.. Abang kat mana? Dareen dengan nenek dah sampai rumah dah ni.." soal Dareen lembut.

" Waalaikumussalam. Ouh abang keluar kejap.. Zamir ada kat rumah tengah jaga anak-anak kita. Sayang tunggu dulu eh. Kejap lagi abang balik.. " jawab Asyraf lembut.

"Baik abang. Bye assalamualaikum." kata Dareen lembut. Asyraf senyum manis.

"Waalaikumussalam dear. I love you. " kata Asyraf

"I love you too hehe.." jawab Dareen dengan senyuman. Asyraf mematikan telefonnya lalu matanya tajam memandang Laura dan Liana yang sudah menangis ketakutan.

"Kalau ada apa-apa jadi kat anak aku lepasni. Memang mampus aku kerjakan korang." ujar Asyraf dingin. Laura dan Liana mengangguk perlahan.

⋆⋆⋆⋆

        "M.. Mak.."

"Ya Allah anak aku.." Puan Hamimah segera menuju ke dua orang anaknya iaitu Liana dan Laura.

"Kamu berdua pergi mana? Ni kenapa ni? Siapa buat anak mak macam ni hah?!" soal Puan Hamimah. Liana menangis teresak-esak.

" Liana.. Leher kamu tu kenapa? " soal Puan Halimah. Liana sudah cuak. Matanya memandang wajah Putra yang sedang menatapnya dengan wajah dingin.

" Err t—tak. Kena gigit nyamuk je ni.. " jawab Liana perlahan.

" Bagitahu mak. Siapa buat anak mak luka-luka dan lebam-lebam ni? " soal Puan Hamimah tegas.

" Kitorang buat. Kenapa? Salah? " muncul Han dari belakang Liana dan Laura. Mata Dareen sudah membesar. Tidak mungkin suaminya yang membelasah mereka berdua ini..

" Kenapa kau buat anak-anak aku macam tu hah?!! " marah Puan Hamimah.

"Cuba kau tanya anak kau sendiri. Dia ada buat salah apa?" ujar Han mendatar sambil memeluk tubuhnya. Dia menarik perlahan tangan isterinya lalu tangannya melingkarkan pada pinggang isterinya.

"Liana, Laura. Kamu berdua buat salah apa sampai diaorang pukul kamu?" soal Puan Halimah mengeluh perlahan. Mesti cucu-cucunya buat hal. Kalau tidak, mestilah Asyraf tidak berbuat demikian.

Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©Where stories live. Discover now