🅜🅐🅗 - 𝓑𝓪𝓫 𝟓𝟓

4.6K 203 47
                                    

⋆⋆⋆⋆

Seorang dokter lelaki keluar dari ruangan wad yang menempatkan Asyraf.

"Dokter, macam mana dengan keadaan suami saya?" soal Dareen. Dokter itu mengeluh perlahan.

"Penyakitnya semakin teruk dan keadaannya kritikal. Dan dia akan koma selama beberapa jam, diharap semua dapat bersabar. Dan jika dia sudah sedar, beri dia makan ubat. Itu sangat penting bagi menjaga kesihatannya." ujar dokter itu.

"Baik terima kasih dokter." ujar Harraz mendatar.

"Boleh kitorang lawat dia?" tanya Aaron. Dokter itu mengangguk perlahan.

"Bila dia akan sedar?" tanya Uwais.

"Beberapa jam lagi." jawab dokter itu. Uwais hanya mengangguk.

"Saya minta diri dulu." kata dokter itu menundukkan kepalanya sedikit.

"Baik."

Mereka semua memasuki ruangan wad Asyraf. Dareen mendekati katil itu. Dia mengelus perlahan rambut lelaki itu yang sedang koma.

"Abang... Cepat sedar tau." ujar Dareen perlahan. Dia memegang erat tangan suaminya.

"Dia makan dua biji ubat tak?" soal Harraz mendatar.

"Tak. Dia tak makan langsung." jawab Dareen.

Harraz berdecit kuat. Dia memeluk tubuhnya.

"Nak mati awal agaknya."

Aaron hanya mendiamkan diri di sebelah Harraz. Dia berfikir dan mengagak sesuatu.

'Takkan lah dia ada personaliti terbaru?' batin Aaron.

Aaron memejamkan matanya sebentar untuk melihat masa depan dua hari kemudian. Kemudian, dia mencelikkan matanya kembali. Wajahnya kaku sahaja. Seakan-akan pucat.

"Woi!" Amsyar menepuk kuat pipi Aaron yang sedang kaku itu.

"A-Apa?"

"Kau kenapa ni? Dari tadi diam aje. Pastu muka pucat." kata Uwais memandang tepat anak mata Aaron yang sedang menatap wajah Asyraf yang sedang koma.

"A-Aku..."

"Kau apa?" tanya Amsyar mendatar.

"D-Dia..." Aaron menuding jari ke arah Asyraf yang sedang koma itu. Dareen sudah pelik.

"Kenapa ni Aaron? Kenapa tunjuk Asy macam tu?" soal Dareen hairan akan kelakuan lelaki itu.

"D-Dia.. A-Aku.."

"Kau apa bodoh!" marah Amsyar. Putra menyenggol lengannya terhadap Amsyar.

"Ishh relax sudah lerr. Aku sepak kang." ujar Putra yang acah-acah mahu menendang Amsyar.

Amsyar membuat muka terhadap Putra.

"Aaron. Kau okey tak ni? Nak air?" soal Danial prihatin. Aaron menggeleng.

"Habistu? Kau kenapa gila!" tengking Amsyar. Aaron menggeleng kepala.

"Emm takda apa-apa lah." ujar Aaron. Harraz yang sudah curiga terhadap Aaron lantas menatap tajam anak mata lelaki itu.

"Bagitau kitorang. Kau ada sorokkan sesuatu?" Harraz memeluk tubuhnya.

Aaron menggeleng kepala. Dia menghela nafas perlahan.

"Aaron. Aku tau kau tau semua benda." kata Harraz mendatar.

"Hm betul tu. Apa kata kalau kau bagitau kitorang." kata Daim.

Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©Where stories live. Discover now