⋆⋆⋆⋆
Dareen terkedu melihat wajah suaminya.
Ini Han?
Please jangan cakap ini mimpi..
"Baby, I miss you so much.." ujar Han perlahan. Dareen tersenyum kecil. Ya, dia tak mimpi.
"Dareen pun rindukan abang. Tak sangka abang yang akan muncul.." Dareen memegang wajah suaminya.
Han mencium puncak hidung buah hatinya.
"Abang tak pengsan kan?" tanya Dareen lembut.
"No sweetie. Mana ada aku pengsan.." Dareen mengangguk. Han mula duduk di atas kerusi kerjanya itu.
Han menatap lama wajah isteri kesayangannya. Rindunya kat bidadari seorang ni..
Dareen hanya tersenyum kecil. Perlahan-lahan dia menaiki ke atas pangkuan suaminya itu lalu mencium kedua belah pipi lelaki itu.
"Dareen tak mimpi kan yang abang muncul?" soal Dareen lembut. Han tersenyum manis.
"No darling. You're not dreaming." Han memeluk erat tubuh kecil itu. Kang jatuh, dia pulak yang risau.
"Abang dah makan ubat?" tanya Dareen lembut. Baru sahaja Han mahu menjawab pertanyaan isterinya itu, ada seseorang yang memintas.
"Dia makan satu pil ubat aje." sampuk Harraz. Han mengetap gigi. Dasar kawan!
Dareen memandang tajam suaminya. Han membuat muka tidak bersalahnya.
"Kenapa tak makan dua pil ubat?" tanya Dareen.
"Tak nak, rasa dia tak sedap, pahit.." Han memuncungkan bibirnya. Dareen mengeluh.
"Bukan kena telan ke?"
"Haah, tapi rasa dia tetap tak sedap kalau telan" Han menyembunyikan wajahnya pada bahu isterinya. Matanya ternampak kelibat Harraz yang sudah keluar dari bilik ofisnya. Kini, tinggal dia dan isterinya sahaja.
"Abang kenalah makan. Sedap ke tak sedap ke, abang kena telan jugak. Nanti abang pengsan, Dareen sedih. Abang nak tengok Dareen nangis ke?" kata Dareen perlahan tetapi lembut nada suaranya bagi memujuk suaminya itu.
"Tak nak, aku tak nak tengok kau nangis. Nanti aku makan ubat okey?" kata Han lembut.
"Tak boleh nanti. Sekarang."
"Mhmm tak nak~.. Nantilah~" Han mencebik bibirnya. Dareen sudah hairan. Ya Allah, kenapa perangai macam Aden pulak ni? Mata pun masih belum berubah lagi.
"Abang kena makan juga. Dareen paksa!"
"Eee apa ni paksa paksa orang..." Han membuat muka cemberutnya.
"Haa tengok tu, buat muka macam tu.. Ni Aden ke Han? Dareen tak pernah lagi tengok Han manja macam ni." Dareen menggeleng kepala.
"Mhmm kalau kau suruh aku makan ubat.. Tapi ada syaratnya.." ujar Han dengan senyum penuh makna.
"Eishh yelah apa syarat dia?"
"Lepas makan ubat. Aku nak makan kau, boleh?"
"Bo— Eh tak boleh! Apa ke merepek lah syarat tu"
"Kalau tak nak, aku tak nak makan ubat. Tu aje." Han memeluk tubuh. Dareen mengetap bibirnya.
Ishh mamat ni uhut aku pulak!
"Yelah yelah."
Han tersenyum kemenangan. Dia mencapai pil ubat lalu dikeluarkan pil tersebut.
"Kau nak aku makan berapa? Lima biji? Sepuluh biji?" hampir nak terkeluar biji mata Dareen apabila mendengar kata-kata suaminya itu.
YOU ARE READING
Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©
Romance❝ Obsessive husband with his wife ❞ "Sayang.." ASYRAF HAYDEN - Seorang jejaka kacak yang mempunyai mix Itali dan merupakan keturunan Itali. Sejak dari sekolah menengah, dia meminati seorang gadis yang jauh setahun umur darinya. Sudah banyak kali dia...