🅜🅐🅗 - 𝓑𝓪𝓫 𝟑𝟕

5.4K 269 26
                                    

⋆⋆⋆⋆

   "Dareen! Nanti kita jumpa kat taman tau! Saya tunggu kat sana! Sebab hari tulah saya akan pergi ke Kuala Lumpur dan saya nak jumpa awak buat kali terakhir...." laung Asyraf dari jauh.

"Ya! Saya akan pergi taman. Petang ni kan awak gerak ke Kuala Lumpur?"

"Haah! Datang tau kat taman!" kata Asyraf lagi dengan senyuman kecilnya.

"Okey.." Dareen tersenyum gembira.

   Pada waktu petang, di taman..

"Mana awak ni acap, dah satu jam dah saya tunggu awak ni..." keluh Dareen.

"Dik, tunggu siapa?" tegur seseorang.

"Saya tunggu kawan saya makcik.. Tapi dia tak datang-datang.."

"Ouhh, nanti dah jumpa kawan balik tau. Sekarang ni ada banyak kes culik." kata makcik itu menasihatinya.

"Baik makcik." Dareen menunduk perlahan pada makcik itu bagi menghormati orang tua.

"Mana Acap ni.. Haa pergi rumah dia lah!"

Ujar Dareen lantas dia menaiki basikal untuk ke rumah Asyraf.

Sesampainya di sana, Dareen memberi salam..

"Assalamualaikum! Acap! Mana awak! Saya datang ni!" ujar Dareen dengan perasaan gembira.

Senyap..

"Acap? Awak ada kat dalam rumah tu tak?"

Masih diam dan tiada balasan.

"Ke awak nak prank saya ni?? Tak lawak lah acap!" kata Dareen memeluk tubuh. Hampir sahaja dia mahu mengeluarkan air matanya.

Tiada balasan.

Dareen mengeluh perlahan. Dia mula duduk di hadapan rumah Asyraf dan termenung sendirian.

30 minit berlalu, masih lagi tidak nampak kelibat Asyraf. Langit pun dah nak gelap.

"Acap, mana awak. Awak kata nak jumpa saya sebelum awak ke Kuala Lumpur... Dah hampir dua jam saya tunggu awak." ujar Dareen perlahan. Hampir sahaja dia mahu menangis namun ditahan air mata tersebut dari keluar.

Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©Where stories live. Discover now