🅜🅐🅗 - 𝓑𝓪𝓫 𝟒𝟓

5.3K 253 61
                                    

⋆⋆⋆⋆

   "Serius lah Am?! Kau dah ada awek?" soal Daim membulatkan matanya.

Amsyar hanya mengangguk sahaja akan kata-kata Daim.

Hana sudah pasrah. Sejak bila dia jadi boyfriend aku pulak ni? Baru je kenal beberapa minit yang lalu.

"Cantik woo.. Aku ingat perempuan mana lah tadi ada kat rumah kau. Baru nak ngorat." kata Aaron memuncungkan bibirnya. Amsyar ketawa sahaja.

Dia memandang Hana yang sedang berdiri dengan pandangan kosong kemudian dia tersenyum sinis.

"Duduk sini." arahnya. Hana hanya turuti sahaja. Matanya tidak memandang Amsyar.

"Kenapa diam aje?" soal jejaka itu mendatar.

"Entahlah." jawab Hana.

Amsyar mula membisikkan sesuatu ke telinga gadis itu. Terus membulat mata gadis itu apabila mendengar kata-kata yang dibisikkan oleh jejaka itu.

"Mulai hari ini.. Kau officially girlfriend aku, okey sayang.." bisik Amsyar pada telinga Hana. Hana menelan liur. Tak nak aku dengan mamat poyo ni! Eee..

Hana hanya mendiamkan diri. Kini, kelima-lima jejaka tersebut mula memandangnya.

"Haa kak Hana ni girlfriend Am eh.. Bagitau kakak." usik Danial yang turut berada disitu. Hana menggeleng laju. Jangan woi! Habis aku kena bahan nanti.

"Sayang, pergi buatkan air untuk diaorang ni boleh?" tanya Amsyar kepada Hana dengan suara yang lembut. Hana hanya mengangguk sahaja lalu bangun hendak menerpa ke dapur.

Amsyar hanya memeluk tubuh. Wajahnya yang tersenyum itu tadi mula berubah dingin.

"Hm so.. Asal datang sini? Nak menyemak?" soal Amsyar mendatar.

"Eh bukan saja-saja tau kitorang nak datang sini. Kitorang datang sini sebab nak bincang pasal plan Adib and the geng. Diaorang dah buat first step, dan second step diaorang kena ada kebenaran dari kau. So.. On tak second step tu?" tanya Daim menatap serius wajah Amsyar.

"Asal minta kebenaran dari aku? Kenapa tak minta kat Asy dengan Harraz je?" Amsyar mengangkat keningnya.

"Alaa kau tau kan king tu kan amnesia. Harraz tu pula dia ada kerja kat luar negara, pagi tadi baru bertolak. Kau lupa ke?" kata Uwais memeluk tubuhnya.

Amsyar menepuk dahinya. Ya, baru dia teringat yang Harraz bertolak ke Itali untuk menguruskan syarikatnya.

"Asy tu tak amnesia pun sebenarnya." ujar Amsyar selamba.

"Hah? Maksud kau?" soal Uwais.

"Aduu lembab lah korang ni. Tiga kepribadian dia tu tak amnesia. Asyraf jelah yang amnesia. So, korang boleh minta kebenaran dengan Asy. Kalau Asy tetap tak faham, kau suruh lah Han, Aden atau Ayden yang muncul dan bagi kebenaran pada diaorang. Tiga kepribadian Asy tu tak hilang ingatan pun." kata Amsyar. Mereka berlima hanya mengangguk dan meng'ouh'kan sahaja.

"Kalau tiga watak king tu tak nak keluar?" tanya Danial pula.

"Don't worry, Asy tu akan faham plan kita punya. Tapi kalau dia kata tak faham tu maybe dia malas nak fikir banyak-banyak kot.." jawab Amsyar menghuraikan andaiannya.

"So, macam ni. Esok aku pergi kat tempat Adib and the geng tu." kata Amsyar lagi mendatar.

"Baiklah."

"Hmm amacam penyamaran diaorang? Kantoi tak?" tanya Amsyar melorekkan senyuman sinis.

"Tak, diaorang buat kerja memang clean lah bro.." jawab Aaron bangga. Amsyar senyum sinis. Of course lah, anak buah aku.

Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©Where stories live. Discover now