⋆⋆⋆⋆
"Woi, cepatlah!" ujar Aaron dengan suara yang perlahan. Mereka sekarang ini mahu keluar rumah senyap-senyap kerana mereka mahu menjalankan tugas. Bukan berdua tapi berlapan.
"Ishh sabarlah gila. Aku tengah nak amik barang ni. Takkanlah nak pergi dengan tangan kosong je!" marah Daim dengan suara berbisik.
"Mana Amsyar?" soal Aaron cuba mencari kelibat kawannya itu.
"Dia tengah ada kat atas, amik barang. Dia kata kita keluar dulu. Jangan bagi kantoi" ujar Daim menyimpan senjata pistol itu di dalam begnya.
"Haa yelah. Adib, Piyan, Firash, Taufiq dengan Putra dah ada kat luar. Diaorang tengah tunggu kau dengan Amsyar lah ni! Lembab" marah Aaron seraya menjeling Daim.
"Alahh kau diam lah!"
"Hmm, dah jom keluar" baru sahaja mereka berdua hendak membuka pintu sliding rumah, ada seseorang menegur sambil bercekak pinggang.
"Hah, ni nak pergi mana ni? Dengan pakai baju macam nak merompak kat rumah orang je ni" tegur Puan Hadina. Mereka berdua memandang belakang lalu tersengih. Digaru kepala dengan perlahan. Aihh, kan sudah kantoi.
"Kami nak pergi kerja makcik.. Hehe pergi dulu eh....... Assalamualaikum-" ujar Aaron dengan sengihan tidak bersalah.
"Kerja kat mana?"
"Kerja dekat-"
"Eh ibu! Ibu buat apa kat sini?" tegur Amsyar dengan senyuman kekok. Dia baru sahaja turun dari tangga. Puan Hadina sudah bengang
"Lahh, dah kenapa tanya ibu buat apa kat sini. Dah memang ibu suka duk merayap dekat ruang tamu dengan dapur. Kamu bertiga tu, nak pergi mana ni?" Puan Hadina menatap tajam mereka.
"Kitorang pergi kerja kat syarikat ibu. Emm okeylah ibu, kitorang dah lambat ni. Nanti kena marah dengan bos. Bye, assalamualaikum" kata Amsyar lalu menunduk badannya ke Puan Hadina. Daim dan Aaron tersenyum lalu berlalu pergi.
"Ha yelah yelah. Waalaikumussalam" ujar Puan Hadina. Dia memandang mereka bertiga yang sudah keluar rumah itu dengan pandangan yang mencurigakan. Kemudian, dia menggeleng kepala. Pelik-pelik lah budak-budak ni.
⋆⋆⋆⋆
"Abang start kerja bila?" soal Dareen melabuhkan punggungnya ke atas katil.
"Esok lah. Kenapa?"
"Takdalah. Nanti lepas saya balik kolej. Saya nak pergi kat tempat abang kerja boleh?" Dareen tersengih. Asyraf tersenyum melihat telatah comel isterinya.
"Boleh, tapi sayang nak buat apa?" soal Asyraf.
"Saja nak buat kacau. Nak tengok awak marah. Susah tau nak buat awak marah." balas Dareen dengan sengihan.
"Abang boleh je marah. Tapi abang tak bolehlah nak marah kesayangan abang ni. Nanti sayang menangis, abang yang sakit tengok sayang." ujar Asyraf lembut. Dia mengusap perlahan rambut isterinya. Dareen tersenyum lebar.
"Eleee so sweet.. Tak salah saya kahwin dengan awak kan!" ujar Dareen.
"Sebab?"
"Sebab.. Abang tak marah-marah, abang romantik dengan Dareen dan abang caring sangat-sangat." katanya dengan lembu. Matanya menatap mata suaminya.
"So... Are you already in love with me dear?" soal lelaki itu. Dareen diam sebentar lalu menjawab.
"Entahlah, saya tak pasti. Tapi mungkin yes."
YOU ARE READING
Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©
Romance❝ Obsessive husband with his wife ❞ "Sayang.." ASYRAF HAYDEN - Seorang jejaka kacak yang mempunyai mix Itali dan merupakan keturunan Itali. Sejak dari sekolah menengah, dia meminati seorang gadis yang jauh setahun umur darinya. Sudah banyak kali dia...