⋆⋆⋆⋆
Jarum jam sudah menujukkan pukul 9.00 a.m. Mana Hana ni? Takkan lah dia ponteng kelas kot..
Dareen memeluk tubuh. Kalau Hana tak datang, aku seorang seorang lah jawabnya. Yelah, aku mana ada kawan lain selain Afrin Raihana tu..
"Hai Dareen." tegur seseorang dengan wajah tersenyum. Dareen menoleh lalu menjeling gerangan tersebut yang menyapa nya.
Sibuk aje mamat ni!
"Awak nak apa, Qayyum?" soalnya malas. Tidak suka akan kehadiran jejaka itu.
"Saya nak awak.. Eh tak tak, gurau aje." kata Qayyum dengan sengihan. Dareen hanya diam membisu.
"Boleh saya duduk sebelah awak?" tanya Qayyum.
"Kamu nanya? Tak boleh, ni tempat Hana." jawab Dareen mendatar.
"Hana kan tak datang."
"Mana awak tahu? Dia ada cakap dengan awak ke?" soal Dareen sinis.
"Haah-"
"Tipu." Dareen berkata datar. Qayyum mengeluh perlahan. Macam mana nak pikat hati dia ni eh?
"Awak buat apa lagi kat sini? Kalau takda apa-apa, boleh berambus." Dareen membuat muka. Menyemak je ada kat sini.
"Eh saya nak cakap sesuatu." kata Qayyum. Dareen menjeling.
"Then just say it."
"Saya suka awak. Saya cintakan awak. Will you be my girlfriend" kata Qayyum menatap dalam anak mata Dareen.
Nak terberak Dareen mendengarnya. Apa? Dia suka aku?
"Kau tak sedar ke aku dah bersuami?" kata Dareen datar.
Qayyum menunduk perlahan.
"Maaf saya tak terima." Dareen mengalihkan pandangan. Tiba-tiba rasa bersalah pula menolaknya.
"Tapi kenapa?!"
"Ck, soalan bodoh. Aku dah ada suami, memang tak lah aku nak accept kau." ujar Dareen datar. Qayyum mengetap giginya lalu meninggalkan Dareen di situ. Dia sendiri yang malu kerana ditolak.
Kemudian, datang seseorang dengan nafas yang tercungap-cungap seperti baru lepas kena kejar anjing.
"Haa datang pun. Ingatkan tak nak datang!" kata Dareen menjeling Hana.
"Sorry lah weh, aku datang lambat. Ayah aku suruh singgah kedai makan kejap. Tu yang lambat sikit tu." Hana membuat muka bersalahnya lalu membuat jari peace.
"Hmm yelah.." Dareen membuat muka pasrah.
⋆⋆⋆⋆
Asyraf memegang kepalanya. Sakit. Dia mengambil ubat lalu ditelan pil ubat tersebut. Dia mengambil telefon pintarnya lalu mendail nombor seseorang.
"Asy? Asal call?" tanya si pemanggil. Asyraf menyandarkan kepalanya pada kerusi kerja.
"Raz, kau tolong aku boleh?"
"Boleh. Apa dia?"
"Tolong uruskan kerja aku ni. Kepala aku sakit ni. Kau datang kat bilik ofis aku sekarang.." ujar Asyraf memejamkan matanya.
"Ha ye aku datang.."
Tut.
Dia mengeluh perlahan. Sudah seminggu Han, Aden dan Ayden tidak muncul. Tapi, betul ke dia dah sihat? Dokter kata yang penyakitnya semakin teruk. Sakit kepalanya jangan cakaplah, hari-hari sakit dia itu muncul. Kadang-kadang dia pengsan secara tiba-tiba.
YOU ARE READING
Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©
Romance❝ Obsessive husband with his wife ❞ "Sayang.." ASYRAF HAYDEN - Seorang jejaka kacak yang mempunyai mix Itali dan merupakan keturunan Itali. Sejak dari sekolah menengah, dia meminati seorang gadis yang jauh setahun umur darinya. Sudah banyak kali dia...