🅜🅐🅗 - 𝓑𝓪𝓫 𝟔

11.6K 379 7
                                    

⋆⋆⋆⋆

    Dareen berlari menuju ke bilik tidurnya. Kini mereka berdua masih lagi berada di rumah agam Dato' Arham. Mereka tidur dalam masa dua hari di rumah mewah tersebut. Dareen mengunci pintu bilik mereka berdua lalu mengambil nafas. Habislah aku!

"Sayang, open the door.." Asyraf muncul kerana didapati Dareen melarikan diri darinya. Diketuk pintu bilik mereka dengan perlahan.

"Tak nak! Awak nak buat apa?" soal Dareen. Dia bersandar pada pintu bilik tersebut. Asyraf menggeleng perlahan.

"Mana ada aku buat apa-apa.." balas Asyraf selamba. Bibirnya mengukirkan senyuman yang sukar untuk ditafsirkan.

"Awak tipu!" Dareen mengetap bibirnya menahan geram.

"Malam lah sayang. Tunggu malam ni okey? Tak sabar sangat ke sampai dah masuk bilik dulu?" soal Asyraf dengan ketawa kecil. Sengaja dia mengusik wanitanya itu. Dareen hanya mendiamkan diri.

"Kamu nanya?" hampir terletus ketawa Asyraf apabila mendengar kata-kata Dareen. Haih sayang, pengaruh tiktok ke ni?

Dareen mengetap bibirnya dengan kuat. Betul la apa yang aku cakap. Yang kau gelak tu dah kenapa?

"Yelah sayang. Aku turun bawah dulu. Ingat eh malam ni, be prepare okey.." kata Asyraf. Dareen menutup mulutnya dari menjerit.

"Eii dah lah! Pergilah sana! Saya penat, nak tidur." marah Dareen dengan perasaan geram. Dasar suami pervert!

"Okey dear.."

Setelah mendengar bunyi derapan tapak kaki sudah menghilang, pantas Dareen merebahkan dirinya di atas katil. Pergi pun mamat tu. Dia mengeluh perlahan lalu matanya perlahan-lahan tertutup dengan sendirinya.

⋆⋆⋆⋆

    "Akak, bangun kak!" kejut seseorang dengan suara yang lantang. Aduhh, siapa pulak yang kacau aku tidur ni? Baru nak mimpi aku terbang pergi Korea.

"Ye, ni siapa ni?" soal Dareen tanpa membuka matanya. Asyura mencebik.

"Ni Syura lah kak! Takkan la akak dah lupa" balas Asyura. Dareen mengangguk lalu bergegas bangun dari tidurnya. Mukanya tiba-tiba gelabah.

"Eh eh, kenapa kak?" tanya Asyura. Ghisau bangun tidur, tetiba gelabah.

"Jap jap, akak dah kahwin ke?" soal wanita itu. Matanya menatap dalam anak mata Asyura.

"Ya Allah, akak ni biar betul. Memang lah akak dah kahwin sejak tiga jam lalu. Akak ni dah kenapa? Hilang ingatan eh?" balas Asyura membuat wajah pelik.

"Ouhh, takda apalah. Ingatkan mimpi, rupanya betul." ujar Dareen. Asyura menggelengkan kepalanya.

"Asyura datang bilik akak ni ada apa?" soal Dareen. Tetiba ja main terjah masuk bilik aku ni. Dah lah aku tidur serupa macam orang gila.

"Ouh, mommy ajak turun makan." Dareen hanya mengangguk lalu bertanya lagi..

"Asyraf mana?"

"Abang tu dia tengah borak-borak dengan kawan dia. Entah bila tah nak siap borak tu." jawab Asyura. Dareen hanya mengangguk. Dia bergegas ke bilik air untuk bersihkan diri. Asyura pula sudah keluar dari bilik tersebut.

⋆⋆⋆⋆

    "Markas kau kat Itali tu okey ke?" soal Harraz serius.

"Aku bagitau Mark, diaorang kata setakat ni takda apa-apa berlaku." balas Asyraf dingin.

"Alaaa kejap lagi orang tua tu kacau la markas kau tu. Dia tu bukannya boleh duduk diam. Dah tua pun tak reti nak bertaubat." sampuk Daim sambil menghirup air Nescafe. Asyraf hanya diam. Sudah tiga bulan, orang tua tu tak buat hal dengan dia.

Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©Where stories live. Discover now