Akademi Ignesius ialah akademi di mana pelajar-pelajarnya dalam kalangan warga Hoxenlight Kingdom. Mereka memasuki akademi tersebut untuk memantapkan lagi kuasa mereka dan pembelajaran mereka untuk digunakan pada masa hadapan.
Akademi Ignesius dikenali sebagai akademi tersohor di Hoxenlight Kingdom kerana mempunyai pelajar yang mempunyai pelbagai kuasa. Antara kuasa teras ialah angin,Air,tanah dan api.
Tetapi,terdapat juga kuasa berbeza dan kuasa yang terlalu kuat sehinggakan sukar dikawal. Kerana itulah,terbinanya kelas Zero,Z. Ianya digelar begitu kerana pelajar di dalam kelas ini mempunyai karakter yang unik walaupun dari pandangan orang lain,mereka tidak berguna.
Adakah pandangan warga terhadap mereka akan berubah atau terus kekal? Bagaimana pula dengan pelajar-pelajar yang mempunyai kuasa yang unik itu?
------
"Kau rasa kenapa tuan pengetua akademi ni nak tubuhkan kelas Z agaknya? Sudahlah jauh daripada bangunan lain. Atas bukit pulak tu."Tanya salah seorang pekerja yang bertugas membina kelas tersebut.
"Entah-entah ni macam cerita Assassination classroom. Di mana kelas E ditempatkan di atas bukit untuk mereka jalankan misi pembunuhan mereka terhadap Korosensei!"salah seorang peminat cerita Assassination classroom berkata bersemangat.
"Takkanlah. Kelas dalam kelas tu dibina daripada kayu. Kelas ni dibina sama macam bangunan lain. Just agak jauh daripada yang lain. Itu sahaja."sampuk seorang lagi.
"Alah,apa salah aku nak berteori sikit?" si peminat Assassination classroom tadi mencebik.
"Pengaruh anime kuat betul kau."rakan sekerja nya yang lain berkata.
"Aku ada dengar yang kelas ni ialah kelas khas."pekerja 1 menyampuk.
Mendengar itu,mereka yang lain memandang lelaki tersebut.
"Wey,kau kan orang terdekat pengetua akademi ni? Jadi,kau tahu kelas ni untuk apa?"
"Beritahulah. Aku curious giler ni...."
Rakan sekerja pekerja 1 tadi bertanya ingin tahu.
Maka,sebagai seorang rakan,dia pun memberitahu apa yang dia tahu,
"....kelas ni untuk pelajar-pelajar yang ada kuasa berbeza dengan kita atau yang.... pelik. I don't really know apa yang pengetua fikirkan semasa bina kelas ni.""Mungkin beliau nak bantu orang-orang yang ada kuasa berbeza dengan kita?"salah seorang membuat tekaan.
"Buat apa bantu orang-orang pelik macam tu? Diorang sepatutnya dihentikan daripada menggunakan kuasa diorang. Korang lupa ke apa yang pernah jadi dua puluh tahun lepas? Habis satu bandar terkena ribut salji berminggu-minggu sebab pengguna kuasa pelik tu hilang kawalan. Ergh.... kenapa raja tak hentikan diorang daripada gunakan kuasa tu lagi?"terdapat pekerja yang tidak puas hati dalam kalangan mereka.
"Kau berani cakap macam tu pada raja?" kata pekerja lain sinis.
"....."
"Tahu pun kau."gembira mereka ketika pekerja yang tidak puas hati tadi terdiam.
"Sudah,mari kita sambung. Ada sedikit lagi benda yang kita perlu buat sebelum kelas ni siap sepenuhnya."pekerja 1 yang juga ialah ketua pembinaan tersebut mengarahkan.
"Baiklah."rakan sekerja nya yang lain menyahut.
Di sisi pengetua yang menjadi bualan mereka,
"Jadi,kalian sudi menjadi guru kepada kelas Z?"pengetua akademi Ignesius, Pengetua Martinez bertanya kepada dua orang bakal guru kelas Z lembut.
"Saya sedia membantu."kata seorang guru yang obedient.
YOU ARE READING
(1) Z Class
FantasyAkademi Ignesius ialah akademi di mana pelajar-pelajarnya dalam kalangan warga Hoxenlight Kingdom. Mereka memasuki akademi tersebut untuk memantapkan lagi kuasa mereka dan pembelajaran mereka untuk digunakan pada masa hadapan. Akademi Ignesius dike...