Seperti yang dijangka oleh Indra,suasana sememangnya janggal dan kekok bagi nya.
Dia langsung tidak bercakap dengan sesiapa. Mereka semua takut dengan dia kerana ekspresi mukanya membuatkan mereka rasa seram sejuk,cringe. Malah,orang sebelahnya sampaikan tidak boleh bergerak kerana kaku sambil berfikir,
"Kenapa aku yang kena duduk sebelah hantu ni??!"Di sisi Izati pula,dia sudah tertidur kerana sibuk mengemaskan barang. Bukan hanya barang dia,tetapi juga Emy yang selalunya dibantu oleh ibu bapanya dan Ivy yang tidak pernah melakukan semua itu kerana biasanya pembantu istana yang melakukannya.
Maka,Izati lah yang mengemas barang-barang mereka. Sebagai balasan,mereka memasak sementara Izati mengemas.
Setelah tiba,Izati terus terbangun. Walaupun sepanjang perjalanan dia hanya tidur, dia tetap dapat bangun sebaik sahaja tiba kerana magicnya yang telah ditetapkan untuk kejutkan dia jika sudah berada di sempadan destinasi nya. Nak mengharapkan pelajar lain? Mereka sendiri memalau dirinya.
Oceana City.
Bandar yang dipenuhi dengan pantai berhampiran dengan laut.
Sebaik sahaja tiba di hotel,mereka yang lain terus keluar untuk berjalan-jalan setelah meletakkan barang mereka.
Pelajar-pelajar ramainya yang membeli belah dan pulang setelah puas. Ada segelintir yang berehat di hotel manakala majoriti nya pergi ke pantai setelah meletakkan barang.
Izati yang juga ingin merasakan angin pantai turut sama mengekori dari belakang. Dan mereka langsung tidak perasan ada yang mengekori.
Setelah tiba, mereka terus membuat hal masing-masing.
Izati yang sedang menikmati angin pantai terpandang seseorang.
"Indra?" Nampaknya Indra juga berada di pantai tersebut.
"Pastinya dia ingin tenangkan diri. Dia tak de sesiapa yang dia boleh cakap. Aku nak cakap dengan dia....kena jaga ikhtilat. Kesian pulak aku."
Disebabkan terlalu asyik dengan pemandangan matahari terbenam di pantai itu,mereka langsung tidak perasan akan bahaya yang menghampiri.
Walaupun penduduk telah memberi amaran, mereka masih berdegil.
"Kalian perlu pulang sekarang."
"Kenapa pulak?"Seorang lelaki berambut koko, Neill bertanya.
"Sejak beberapa tahun lepas,pulau ni menjadi berbahaya ketika waktu sudah gelap. Di sini tiada lampu yang menerangi maka jenayah berleluasa."
"Alahai,kami ada kuasalah..."Niell memandang remeh.
"Begitu juga dengan orang-orang yang hilang sebelum ni. Mereka juga mempunyai kuasa tetapi tetap menghilang sehingga sekarang."
"Hilang?"Bukan hanya Niell,semua pelajar yang berada di situ termasuklah Indra dan Izati juga tertanya-tanya.
YOU ARE READING
(1) Z Class
FantasyAkademi Ignesius ialah akademi di mana pelajar-pelajarnya dalam kalangan warga Hoxenlight Kingdom. Mereka memasuki akademi tersebut untuk memantapkan lagi kuasa mereka dan pembelajaran mereka untuk digunakan pada masa hadapan. Akademi Ignesius dike...