Di sisi Izati,
Setelah dia tiba semula ke dunia nyata,
Dia termenung seketika sebelum menangis sejadi-jadinya.
Dia asyik menyumpah-serana kepada keluarga munafik Roy dan
Dirinya sendiri.
"I'm sorry. I'm so sorry...."suara Izati kedengaran amat sayu. Dengan air mata yang berjurai keluar tanpa henti. Walaupun setelah berkali-kali dia cuba bertahan,akhirnya dia luahkan juga.
Nasib baiklah dia sudah menggunakan magic antisuara pada biliknya itu maka tiada sesiapa yang akan mendengar suara tangisannya itu.
Dia jatuh melutut,menampakkan loket yang tergantung pada lehernya. Melihat itu,Izati mengambilnya dan membuka tengah loket itu.
Pada tengah loket itu,terlihat gambar sebuah keluarga yang gembira. Mereka mempunyai ibu bapa yang penyayang..
Bersama kembar nya. Apa yang membezakan mereka hanyalah rambut mereka.
Kembar lelaki berambut hitam kerana mewarisi sang ibu. Manakala kembar perempuan pula berambut kelabu kerana mewarisi sang ayah.
Mungkin kerana itulah dia berjiwa kental kerana itulah sifat ayahnya manakala ibu nya seorang yang periang..sama seperti kembarnya.
Mata mereka sekeluarga unik.
Biru + merah yang menyebabkan warna matanya berubah ungu dahulu.
Hal ini kerana hanya ibu bapa mereka mempunyai mata berwarna sedemikian.
Ianya diwarisi oleh nenek moyang mereka dahulu. Disebabkan tiada yang mahukan mereka kerana warna mata yang pelik di pandangan masyarakat,kedua-dua nya berkahwin atas dasar cinta dan kerana tidak mahu melihat antata satu sama lain ditindas.
Setelah itu,lahirlah dua orang cahaya mata yang dilahirkan pada waktu yang hampir sama.
Si gadis yang keluar dahulu beberapa minit selepas si lelaki. Yang membuatkan si gadis itu lebih matang. Apatahlagi perempuan lebih cepat matang.
Mereka hidup gembira sehinggalah,satu insiden yang telah membuatkan mereka sekeluarga berpisah......
Ibu bapa mereka kemalangan maut. Dan tiada sesiapa yang mahu mengambil 'the curses children ' maka mereka dibawa ke rumah anak yatim.
Ketika itu,kembar itu masih bersama sehinggalah ada keluarga yang mengambil mereka. Yang telah mengasingkan mereka.
Dia fikir,dia tidak akan bertemu dengan kembarnya lagi.
Tetapi,dia akhirnya dapat bertemu semula dengan takdir ilahi.
Dan takdir ilahi,kembarnya langsung tidak mengenali nya. Malah,tidak mengingati nya.
"Itu sudah ketentuan Allah. Tak boleh buat apa...."
Keluarga asalnya.....
"Umi..abi...apa yang....Queen perlu buat...."
Air mata yang tadi menitik perlahan menjadi lebih lebat ketika teringat akan arwah ibu bapanya. Tangisannya tidak kedengaran oleh penghuni rumahnya kerana dia menggunakan magic antisuara.
Maka,Izati menangis sekuat hatinya.
Izati tahu apakah perasaan nya ketika orang yang kita kenali berkelakuan munafik begitu di hadapan orang ramai. Kerana 'keluarga' dia juga begitu.
Nasib baik dia sempat mengelak daripada bertemu keluarganya. Tetapi,ketika dia bersama yang lain pagi tadi,dia ternampak seorang gadis bertudung yang sedang memandang dirinya. Gadis itu bagaikan mahu mengatakan sesuatu kepada dia tetapi takut kerana terdapat ramai orang disitu.
YOU ARE READING
(1) Z Class
FantasyAkademi Ignesius ialah akademi di mana pelajar-pelajarnya dalam kalangan warga Hoxenlight Kingdom. Mereka memasuki akademi tersebut untuk memantapkan lagi kuasa mereka dan pembelajaran mereka untuk digunakan pada masa hadapan. Akademi Ignesius dike...