Bab 36 - padang 2.

26 4 0
                                    

Seperti yang dijanjikan, mereka ke padang.

Tetapi,keadaan tidak mengizinkan untuk mereka berlatih.

Bukan kerana hujan. Cuaca cerah malah tidak mendung. Tetapi,kerana terdapat satu aura yang mengganggu mereka. Yang membuatkan mereka yang lain menjauhi padang.

"Apa yang berlaku sebenarnya ni?" Ivy bertanya kepada mereka yang lain sebaik sahaja dia tiba.

Mereka kini berada di tepi padang manakala Haririe sedang berada di tengah-tengah padang,tercegat di situ. Nieji,Indra dan Shui tiada di situ kerana mereka kini sedang melepak di tempat lain.

Lutfi,Riyadh dan Taufiq berada di bilik latihan dari awal pagi maka mereka tidak tahu apa yang sedang berlaku ketika ini.

"Kami tak tahu apa yang berlaku. Tapi apa yang pasti,mood dia tak baik." Valery berkata kepada mereka yang lain.

".....wind knows everything. But not everything i could tell them. Sorry." Roy berpura-pura bagaikan dia tidak mengetahui apa-apa.

"Aku tak boleh beritahu terus kepada diorang. Sebab 'dia' sendiri akan datang."

Seperti yang dijangka Izati, seseorang muncul dengan kuasa angin.

"Zelonof? Dia seperti Pembuli-pembuli sebelum ini. Rekod clean and tak pernah buat kacau. So,kenapa tiba-tiba nak ganggu kami pulak? Something is not right."Izati yang mencari maklumat mengenai seseorang tersebut tertanya-tanya motif mereka.

"Hello,hello Haririe Sham. Atau mungkin aku patut panggil Sye---" belum sempat Zelonof menghabiskan kata-kata nya,satu libasan kilat menuju ke arah dirinya.

Dia bernasib baik kerana mengelak.

"Apa kau nak?! Siapa kau?! Apa motif kau bukak cerita lama?!" Haririe menepik ke arah Zelonof.

"Wanna know? Marilah,kita bermain dulu. Kalau seronok,aku lepaskan kau. Tapi,kalau tak seronok..... heh,kau tahulah apa akan berlaku." Zelonof berkata dengan senyuman mencabar.

"Ok,kalau macam tu. Mari berseronok!"

Maka,berlakulah pertempuran antara kilat dan angin.

Apa yang mereka dapat lihat ketika ini hanyalah aura mereka kerana pergerakan mereka terlalu laju!

Sehinggalah,

Bam!

Seseorang jatuh ke tanah.

Tanpa mempedulikan kesakitannya,dia bangun dan ingin kembali menyerang.

Tetapi,

"Hentikannya,Haririe!" Izati memasukkan dia ke dalam bebola magic yang membuatkan kuasanya terperangkap bersama dia.

"Keluarkan aku,Izati! Kalau tidak,dengan kau kau aku serang!" Haririe cuba keluarkan dirinya daripada bebola magic itu.

"Kau kena bertenang. Semua tu hanyalah memori silam kau je. Kami akan cuba tolong kau. Now,tolonglah bertenang." Izati yang mendapati bahawa semuanya berlaku kerana masa silam Haririe cuba menenangkan.

"Kau tak tahu apa yang aku rasakan,Izati! Kau tak tahu apa-apa!" Haririe menggunakan kuasa kilatnya pada tahap maksimum untuk meletupkan bebola magic Izati.

"Aargh!"yang membuatkan Izati juga terkena impak tersebut.

"Izati!"Ivy dan Emy yang risau terus ke arah Izati.

"Kau tunggulah!" Haririe cuba pergi ke arah Zelonof lagi sekali tetapi

"Stop it,Haririe!"dirinya dihalang lagi sekali oleh tali tumbuhan Anya. Bukan hanya dia,mereka yang lain juga cuba menghalang.
Seperti Valery yang menghasilkan tali cahaya.

(1) Z ClassWhere stories live. Discover now