Bab 57 - penyelesaian 2

18 4 0
                                    

Pagi itu,

"Roland Ishizaki dan Roland Irigawa,kalian ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes penderaan domestik,cubaan pembunuhan, penyalahgunaan kuasa keluarga, manipulasi hak milik dan cubaan memanipulasi warga bawah 15 tahun. Serta penggunaan magix."

Penduduk yang berdekatan mula berbisik antara satu sama lain.

"Ini perkara besar. Sehinggakan mereka menggunakan magix."itu yang menjadi bualan hangat mereka.

Apatahlagi dengan pengawal diraja sendiri yang turun padang,penduduk di situ sudah pasti bahawa keluarga Roland tidaklah seindah yanh mereka lihat.

"Cubaan membunuh? Kes Dera? Aku tak pernah buat itu semua pada anak aku,lah!" Roland membantah kuat. Dia menggelupur kuat ketika dirinya digari tetapi,dua orang pengawal yang bersamanya lebih kuat membuatkan dia tumbang.

"Nampaknya saya silap. Baiklah,saya akan perbetulkan. Kalian ditangkap atas cubaan membunuh dan penderaan domestik kepada Quizatin Amrina."

Pengawal diraja yang sudah mengetahui kisah sebenar berkata dengan nada sinis.

"Tch. Ahli sihir tak guna tu memang patut kena! Dia tu pembawa malang! Disebabkan dia,isteri aku mati. Disebabkan dia,Amalina sakit,kau tahu tak?!" Roland menggila lagi lagi. Sedangkan Irigawa sudah pasrah dengan apa yang berlaku,hanya diam dan mengikut segalanya.

"Diam je lah..." Mereka menghiraukan tengkingan Roland kerana mereka sudah terbiasa dengan suara pekikan penjenayah yang mereka tangkap.

"Aku tutup mulut dia dengan air aku tak?"salah seorang daripada mereka meminta kebenaran. Dia sedang menahan geram.

"Good idea."

"Asalkan kau tak tutup hidung dia sekali,aku ok."

"Lagipun,ianya tidak memberi harm kepada pesalah jadi,dipersilakan."

Maka,kes Amalina dan Izati sudah selesai.

"Alhamdulillah. Terima kasih kerana telah membantu kami,tuanku. Patik tidak akan lupa jasa tuanku semua." Izati sangat bersyukur melihat kes Amalina yang sudah selesai.

"Beta tidak membuat apa-apa."permaisuri Hu Yan Zhi berkata dengan nada kosong.

"Ini tugas pemimpin untuk memastikan rakyat nya hidup dalam keadaan aman."raja Naufal berkata dengan senyuman.

"Perkara sudah terang kepada kami,takkan lah kami mahu berpaling dari nya."Bekas permaisuri berkata senang,

Sebelum bermonolog di dalam hatinya,

"Lagipun,kamu juga mempunyai darah keluarga diraja walaupun sedikit. Malangnya,ia bermakna kamu tidak mempunyai kuasa Pantulan maka mungkin kamu tidak akan dianggap sebagai keluarga diraja jika tidak diketahui mengenai sejarah keluarga lampau..." Dilaila Umaira memandang lama Izati. Walaupun warna matanya tidak didedahkan,dia masih dapat melihat figura seseorang dan sepupu jauhnya walaupun sedikit.

Izati yang tahu dirinya dilihat hanya tersenyum.

"Kakak,apa akan jadi pada saya?" Amalina yang berada di belakang Izati bertanya.

Belum sempat Izati menjawab,

"Kamu akan mendapat keluarga baru yang sedia menerima kamu."raja Naufal menjawab terlebih dahulu.

"Keluarga....baru?" Amalina bertanya kembali.

"Ya,kamu jangan risau. Mereka pun baik,tau." Izati menambah dengan senyuman.

"Kenapa....mereka nakkan Ina?"Amalina bertanya untuk kepastian. Dia menjadi sukar percayakan orang lain selain kakaknya.

"Sebab mereka teringin mahukan anak tetapi Allah tak izinkan. Kesian mereka,tau."Dilaila Umaira berkata dengan wajah meminta simpati.

(1) Z ClassWhere stories live. Discover now