Sares City.
Bandar mewah yang paling terkenal kerana terdapat pelbagai jenis mall terkenal yang menjual barang-barang mahal. Penduduk tidak perlu risau kerana terdapat pegawai yang berkawal di setiap mall malah pegawai khas di balas polis yang besar untuk memastikan keselamatan penduduk.
Sares City juga dikatakan sebagai bandar paling selamat.
Itu apa yang mereka fikirkan.
Hakikat sebenar disembunyikan daripada penduduk dan pelancong kerana kerajaan Sares City tidak mahu kehilangan wang. Maka,tiada sesiapa tahu mengenai itu.
Yang sebenarnya,dalam beberapa minggu lepas, terdapat perompak handalan yang mula beroperasi tidak kira masa. Perompak tersebut merompak pada waktu yang random dan kedai yang random juga maka pegawai keselamatan tidak dapat predict bilakah dan di manakah perompak akan merompak. Sehinggakan mereka perlu memanggil bantuan.
Daripada pegawai negara sebelah memandangkan negara tersebut paling dekat jika mahu dibandingkan dengan bantuan di Hoxenlight Kingdom. Hal ini kerana Sares City berada dihujung utara Hoxenlight Kingdom yang mana juga hanya seberang dengan Alamein Kingdom.
Di suatu tempat,seorang pegawai tinggi sedang berbincang dengan pegawai-pegawai yang lain mengenai hal semasa. Dia baru sahaja tiba di situ dan memerlukan maklumat.
"That's it? Itu sahaja yang korang dapat?"
"S...sorry,sir..."Mereka menundukkan kepala mereka dengan badan yang terketar-kejar. Takut ada kepala lain yang melayang. Takut mereka adalah kepala tersebut.
"Grr...jika begitu,teruskan dengan posisi pegawai kalian. Bila sahaja terdapat rompakan berlaku, terus beritahu saya melalui telepati. Faham?"lelaki tersebut berkata tegas.
"Faham,tuan!"
"Ke posisi."dengan arahan itu,mereka pergi ke posisi mereka. Manakala lelaki yang memberi arahan itu bersedia dengan senjatanya iaitu pedang. Pemakaiannya berbeza dengan pegawai lain kerana dia ialah bantuan daripada Alamein Kingdom. Yep,hanya seorang.
Kerana dia ialah.....
Bantuan terus daripada raja Alamein Kingdom. Salah seorang Knight tertinggi diraja atau dengan kata lain,dia ialah ketua Knight diraja. Disebabkan itulah,baginda raja Alamein Kingdom hanya menghantar seorang bantuan sahaja.
Tiba-tiba, satu pesanan datang daripada salah seorang pegawai nya melalui telepati.
"Tuan,perompak tu di sini..erghh!"
Mendengar itu,dia terus pergi dengan kelajuan angin. Dia tidak boleh membuang masa,sudahlah jarak antara tempat dia dan tempat perompak itu berada agak jauh. Dan daripada suara pegawai tadi,nampaknya dirinya diserang.
Ketika dia tiba,dia dapat lihat seorang gadis berambut putih sedang menggunakan kuasanya untuk menghentikan pergerakan perompak tersebut tetapi,sukar kerana dia kekurangan tenaga dan perompak itu bukan seorang tetapi tiga orang.
Disebabkan gadis tersebut sudah tidak dapat bertahan, perompak-perompak tersebut terlepas daripada kuasanya.
Belum sempat gadis itu terjatuh,Knight diraja itu memecut ke arahnya dan memegang nya daripada jatuh.
Sebaik sahaja melihat wajah gadis itu,Knight tersebut terkejut.
"Ivy?"
"Ke...kanda...perompak...."Ivy menunjukkan ke satu arah dengan tangan yang menggeletar.
"Baiklah. Kamu rehat,ye."
"Mereka...cedera..." Ivy memandang ke arah pelajar lain serta seorang pegawai yang cedera kerana menghalang perompak tersebut daripada mengambil barang.
YOU ARE READING
(1) Z Class
FantasyAkademi Ignesius ialah akademi di mana pelajar-pelajarnya dalam kalangan warga Hoxenlight Kingdom. Mereka memasuki akademi tersebut untuk memantapkan lagi kuasa mereka dan pembelajaran mereka untuk digunakan pada masa hadapan. Akademi Ignesius dike...