Bab 47 - The Band.

20 5 0
                                    

Setelah Izati dan Roy pulih,mereka satu kelas bersama cikgu Hafizi termasuklah cikgu Ryomae yang juga sudah semakin pulih bertemu dengan raja Naufal untuk berterima kasih.

Sebelum mereka keluar,seseorang ingin bertanya mengenai sesuatu.
"Tuanku....maaf tetapi patik ingin bertanya."

"Silakan."

"Di manakah penghuni yang lain? Pengawal diraja tidak kelihatan di sepanjang perjalanan kami dan kami hanya dapat melihat beberapa orang pembantu sahaja."Indra bertanya.

"Oh,persiapan untuk Band yang datang sebagai tanda penghargaan itu telah siap sepenuhnya. Dan sebagai tanda terima kasih kepada pengawal-pengawal dan beberapa orang pembantu yang juga membantu menyiapkan persiapan tersebut,beta benarkan mereka untuk berehat dan enjoy." Raja Naufal menjawab dengan senyuman lembut.

"Begitu.."

Ketika mereka sedang berbual,
"Guys....kalian....dengar sesuatu tak?"

Mereka menganggukkan kepala mereka dengan pertanyaan cikgu Hafizi dan mula bertindak mengeraskan badan untuk lebih fokus. Begitu juga dengan raja Naufal.

"Rasa... tak sedap hati..." Emy menyentuh dadanya yang terasa sesak. Disebabkan dia tidak mengeluarkan suara,dia menahannya sendirian.

Tetapi tidak bertahan lama,

Buk!

Kerana dia akhirnya tewas.

"Emy!"Terkejut Ivy ketika melihat Emy yang tiba-tiba jatuh ke lantai dengan nafas yang mengah.

"Wey,kenapa ni?"Mereka yang lain semakin risau.

"Muzik....kuasa....jahat."Emy sedaya upaya berkata melalui bahasa isyarat sebelum pengsan sepenuhnya.

"Disebabkan kuasa Emy berkaitan dengan bunyi yang juga ialah muzik,pastinya memberi kesan kepada Emy." Izati menjawab melalui apa yang dia boleh simpulkan. Dengan bantuan magic apungannya,mereka berdua meletakkan Emy di atas sofa.

"Adakah tuanku juga merasai nya?" Cikgu Hafizi bertanya.

"Ya,beta rasa tidak sedap hati mengenai sesuatu. Adakah kalian juga merasai nya?"

"......ye. mungkin kerana itulah seorang rakan kami pengsan."Cikgu Hafizi menjawab.

"What to do? Izati dan Roy baru je sihat." Anya bertanya.

"Jangan risau. Disebabkan kami dah sihatlah, kami akan berjuang bersama-sama." Roy menjawab dan disokong oleh Izati.

"Korang sure?" Haririe bertanya untuk kepastian.

"Sure!"Mereka berdua menjawab serentak dengan semangat.

"Jangan terlalu memaksa diri kalian. Ryo,kau pun sama. Luka kau masih banyak dan aku tak nak balutan kau tu terbuka."Cikgu Hafizi mengingatkan.

"Tch."Cikgu Ryomae yang terasa akan itu berdecit dan memandang ke arah lain.

"Itulah,siapa suruh gatal sangat nak keluar hospital. Melayan dengan aku lah jawabnya."Cikgu Hafizi berkata dengan senyuman mengejek.

Bak!

Tiba-tiba pintu pejabat raja Naufal dibuka secara kasar oleh seseorang.

"Kekanda!"

"Yan Zhi,apa yang kamu lakukan disini? Kamu sepatutnya berehat." Raja Naufal terkejut melihat kehadiran permaisuri nya yang masih belum sembuh sepenuhnya.

"Kita tidak sepatutnya sibuk mengenai hak itu sekarang ini."Bekas permaisuri menyampuk.

"Adakah bonda tahu siapa yang berani membuat onar ini?"raja Naufal bertanya dengan nada yang bercampuran. Hormat tetapi pada masa yang sama tegas.

(1) Z ClassWhere stories live. Discover now