bab 65 - pulang.

22 5 0
                                    

Baru sahaja tiga hari berlalu,mereka semua dikejutkan dengan satu berita yang menggembirakan.

"Cikgu!!"

Bagaikan anak kecil yang baru bertemu bapanya yang baru pulang dari kerja, Anya,Joseph,Ulrick,Roy dan Indra terus memeluk cikgu Hafizi tanpa mereka sedar. Kerana terlalu gembira.

"Hahaha,nampaknya Cikgu Hafizi lebih famous daripada Cikgu Ryomae." Ivy berseloroh ketika melihat ramai pelajar lelaki yang ke arah cikgu Hafizi.

"Ha'ah. Anya dan Roy yang diajar cikgu Ryomae pun pergi dejat cikgu Hafizi." Izati menyambung.

Emy menyokong mereka yang lain dengan tawa yang ditahan.

"Well,of course." Cikgu Hafizi berkata sambil menyelakkan rambutnya dengan penuh swag.

"Hahahaha!"Mereka semua ketawa melihat gelagat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hahahaha!"Mereka semua ketawa melihat gelagat

"Itulah Cikgu Hafizi."

Mereka gembira kerana dapat bersama lagi sekali. Walaupun tidak sampai setahun, mereka tetap merindukan guru kesayangan mereka yang telah banyak membantu serta mengajar mereka.

Cikgu Ryomae pula langsung tidak kisah walaupun hanya dipeluk oleh seorang pelajar. Kerana pelajar itu sangat bermakna kepadanya.

Valery.

Senyuman nipis yang kecil terhasil kerana kegembiraan. Dia mengusap-usap rambut koko Valery lembut.

Dalam hatinya,dia tidak habis-habis bersyukur sebab dapat lihat anak kandungnya lagi.

"Syukurlah cikgu-cikgu dah pulih." Izati berkata lega.

"Tapi,cepat betul cikgu-cikgu pulih. Kami yang cedera baru ni pun baru sembuh." Ivy menyampuk.

"Ha'ah. Tak sampai sebulan pun lagi." Joseph pula menyambung.

Mereka sudah melepaskan pelukan.

"Kenapa? Korang tak suka cikgu baik ke? Kalau macam tu,cedera balik lah."dengan penuh drama,cikgu Hafizi berkata.

"Hahaha,tak. Cuma pelik sebab doktor menjangkakan yang cikgu-cikgu akan sedar dalam seminggu. Bukannya sembuh terus." Valery menerangkan dengan lebih.

"Setuju. Sudahlah cikgu-cikgu cedera teruk,tau." Nieji menyokong.

"Well,kami tak boleh buat apa. Kami dah sembuh." Cikgu Hafizi berkata.

Ketika mereka sedang berborak kosong,

Pintu bilik dibuka oleh seseorang.

"Oh,nampaknya kalian berdua sudah berada di sini."raja Naufal agak terkejut kerana kedua-dua orang guru itu sudah berada di situ.

"Salam,tuanku Naufal."

"Tuanku buat apa di sini? Bukan ke tuanku biasanya akan terus ke dewan latihan pedang pada waktu begini?" Hafizi yang bagaikan mengetahui rutin harian raja Naufal berkata.

(1) Z ClassWhere stories live. Discover now