Bab 19 - percutian Haririe.

24 7 0
                                    

Setelah menaiki bas,dia terus tertidur.

"Erg...ni semua sebab Anya dengan Ulrick semalam. Kalau diorang tak bising,aku takkan mengantuk macam ni! Sejak Joseph bawak balik games,dua orang tu selalu sagat main game. Joseph ada lah juga main tapi dia tak de lah main malam buta...."

Kebiasaannya, Anya dan Ulrick akan main game play station yang Joseph bawa daripada rumahnya. Walaupun ianya ialah permainan dia,Joseph sudah bosan dengan permainan itu maka dia membiarkan mereka bermain.

Setelah balik dari kelas,mereka berdua akan bermain game tersebut berdua manalala Joseph dan Dalton hanya melihat mereka bermain. Atau lebih kepada hanya Joseph. Kerana Dalton yang menyandar pada bahu Joseph kebiasaan nya akan terus tidur.

Roy juga kadang-kala akan melihat mereka bermain juga tetapi,bukan selalu kerana Roy lebih suka bermain di luar. Iaitu 'meronda' dengan kuasa anginnya.

Haririe dan Valery yang terlalu rajin pula mengulangkaji setelah habis membuat latihan yang guru mereka berikan.
Begitu juga Indra,Shui dan Nieji.

Disebabkan Anya dan Ulrick main tengah malam semalam, tidur Haririe terganggu. Maka,sekaranglah waktu yang sesuai untuk dia tidur.

Dan nasib baiklah pelajar lain palau dia,maka dia juga palau mereka.

Setelah turun dari bas,dia terus ke hotel. Sama seperti yang lain,setelah tiba di biliknya, dia diserang. Secara fizikal.

Walaupun begitu,Haririe hanya mengelak dan lancang membalas,

"Apa masalah korang ni? Selalu sangat nak bergaduh dengan orang. Korang ni terlalu banyak masa lapang agaknya. Ataupun kurang kasih sayang?"

Mendengar itu,pelajar-pelajar tersebut terus berlari keluar kerana malu.

"Apa nak jadi dengan diorang tu. Dah besar,kan?"

Tidak habis dengan itu,dirinya pernah dikepung oleh pelajar-pelajar lain.

"Seriuslah...aku nak kebebasan lah,bong**." Haririe mengeluh.

Disebabkan malas berkata panjang,dia dengan 'senang' hati mengeluarkan arus elektrik daripada tangannya.

Disebabkan malas berkata panjang,dia dengan 'senang' hati mengeluarkan arus elektrik daripada tangannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Korang sengaja nak rasa ke apa?" Disebabkan takut dicederakan, mereka melarikan diri.

"Penakutlah." Haririe berkata selamba dengan wajah bosan.

Dia berjalan-jalan untuk menghilang kan rasa bosan. Dia juga ada bawa duit kalau-kalau dia mahu membeli sesuatu yang menarik perhatian nya.

Voltran City, bandar paling bercahaya di waktu malam,paling banyak menggunakan elektrik dan, paling mewah.

Ketika Haririe sedang berjalan-jalan, dia terserempak dengan pelajar lain.

"Alahai,aku baru nak cuci mata. Hah,lalu je lah." Haririe menghiraukan pelajar-pelajar tersebut dan sambung berjalan ke kedai lain. Tetapi,kawasan yang agak kurang orang itu membuatkan dia rasa risau juga. Walaupun mereka ramai,tidak bermakna mereka pandai bertindak jika apa-apa berlaku.

(1) Z ClassWhere stories live. Discover now