Bab 5 - sebelum ke sekolah.

67 2 0
                                    

"Mungkin saya boleh bantu."Izati yang melihat situasi itu dengan sukarela berkata.

"Bantu?"

"Kuasa saya ialah magic. Walaupun tidak hebat seperti orang-orang dahulu,ianya cukup untuk melindungi. Berikan kepada saya rantai itu. Saya boleh terapkan magic pelindung suara padanya."Izati meminta lembut.

Emy yang percayakan Izati terus memberikan rantai tersebut.

Izati mengenggam seluruh rantai yang berada di genggamannya dan ianya menghasilkan cahaya.

Setelah cahaya itu hilang,Izati memberi semula kepada Izati.

"Saya hanyalah letakkan sistem halangan padanya. Masih tidak bermakna Emily Emeryna boleh bercakap tapi... kalau dia hilang kawalan,rantai itu boleh menahannya. Tapi...cuma tiga kali sahajalah..." Izati meminta maaf kerana tidak dapat melakukan lebih.

"Tak mengapa. Ini pun sudah cukup. Terima kasih."si ayah dan si ibu berterima kasih.

Dengan masa yang ada,mereka memeluk Emy.

Ketika itu,mereka sempat berbisik kepadanya,
"Nampaknya kamu sudah jumpa kawan baru. Stick with them,ok?"

"Emy akan jadi anak yang solehah untuk ibu dan ayah." Emy berkata melalui kertas.

"Eh,kenapa satu je? Buatlah satu lagi. Nanti kami berebut macam mana?"Ibu bapanya berlagak manja dihadapan anak mereka buat kali terakhir.

Ivy yang melihat itu ketawa gembira kerana perkara itu teringatkan dia akan kanda nya yang pernah bertindak begitu.
Agak-agak,ayahanda dan bonda begitu ke dahulu?

Manakala di sisi Izati,dia hanya memandang dengan senyuman pahit.
"Seronok betul ada keluarga bahagia."
Sebelum dia menutup matanya untuk bertenang,
"Aku mengharapkan sesuatu yang mustahil..."Dia mengeluh sebelum menunjukkan wajah biasanya semula.

"Alright, masa bermanja dah habis. Emily Emeryna, mari kita balik. Ivy tolong angkatkan barang dia." Izati berkata.

"Aye,aye,captain."bagaikan kru kelasi kapal yang sebenar,Ivy mengikut arahan.

Mendengar apa yang Izati katakan,si ayah dan si ibu memeluknya buat kali terakhir dan salam terakhir.

"Hati-hati tau!"Walaupun telah berada jauh, mereka tetap menasihati.

Emy pula hanya tersenyum mendengar itu. Dia pasti ibu bapanya risau akan keadaan dirinya kerana mereka tidak pernah berjauhan lama sebelum ini. Dua tahun. Mereka akan berpisah selama dua tahun.

Ketika mereka sedang berjalan ke gunung,

"Izati,kenapa kau tak gunakan teleportasi je? Taklah letih kita naik gunung..."Ivy merungut.

"Alah,sekali sekala kita exercise sikit."Izati berkata dengan senyuman.

Sedang mereka berborak antara satu sama lain,beberapa orang memerhati mereka dari jauh.

"Ada pelajar baru,nampak."

"Kau rasa berapa ramai pelajar kelas sampah tu?"

"Yang pasti,tiga orang perempuan tu pun sama kelas."

Total tiga orang lelaki di antara mereka.

"Alahai,rosakkan mood betullah diorang tu. Cantik,tapi masuk kelas belakang. Memang tak kena..."lelaki pertama berkata jengkel.

"Lain kali kalau kita jumpa diorang lagi,kita 'tegur' diorang."Lelaki kedua berkata.

"Kau nak tegur yang mana?"lelaki ketiga bertanya.

"Yang nampak macam diam giler tu."Lelaki pertama menjawab.

"Aku lebih prefer yang rambut putih tu."Lelaki kedua merujuk kepada Ivy. Walaupun dia Islam,dia tidak terlalu tekankan aspeknya maka dia tidak bertudung.

(1) Z ClassWhere stories live. Discover now