Bab 16 - percutian Dalton.

15 3 0
                                    

Perjalanan Dalton hanya dipenuhi dengan tidurnya. Memang itulah rutin dia selalu. Tidur. Sama seperti Ulrick,dia mengambil tempat paling hadapan dan seperti yang dia sangka,tiada yang duduk bersamanya.

Best baginya kerana dapat tidur dengan aman tanpa bunyi di sebelahnya. Walaupun hakikatnya di belakangnya banyak bunyi, tetapi jika dia sudah tertidur,memang lena lah jawabmya. Hanya ketika dirinya dikejutkan secara fizikal oleh pemandu bas baru dia terbangun.

Pelajar yang lain? Nak dekati dia pun mereka takut. Apatahlagi mahu kejutkan dia.

Azure City.

Ianya ialah bandar yang terkenal dengan udara yang nyaman kerana angin sejuknya.

Dan ianya memang kena dengan citarasa Dalton.

Setelah dia turun dari bas,dia mencari hotelnya kerana telah ditinggalkan oleh pelajar-pelajar lain. Tapi dia tidak kisah.

Akhirnya, dia menjumpai Hotel nya. Dia memasuki biliknya yang dikongsi dengan pelajar-pelajar lain.

Dengan harapan tiada pelajar lain di situ, dia memasuki bilik.

Tetapi malangnya,dia silap.

Terdapat beberapa orang teman sebiliknya yang sedang bersiap dengan jaket untuk keluar.

Sebaik sahaja mereka melihat Dalton,ada yang mula menggulingkan bola matanya dan ada yang mula berbisik dengan rakannya.

Dalton tidak mempedulikan mereka dan terus berbaring di atas katil terakhir yang tinggal iaitu dihujung sekali,berhampiran dengan dinding yang sejuk.

Uf,tempat yang paling sesuai untuk polar bear seperti dia.

Ketika dia sedang berbaring,

Beberapa orang teman sebiliknya datang ke arahnya. Manakala yang lain hanya memandang dari tepi.

Mungkin kerana mahu melihat dan menjadikan peristiwa yang akan berlaku sebagai rancangan untuk nya.

"Tak boleh ke diorang biarkan aku tidur dengan aman?~"Dalton berbisik di dalam hatinya.

"Hey,anak buangan. Kenapa kau kena satu bilik dengan kitorang,hah? Tak ada bilik lain ke kau nak duduk?"

"Dah ini bilik yang aku dapat. Pasrah je lah." Dalton membalas dari dalam hatinya. Dia malas bertengkar. Nanti jadi panjang macam Haririe dan Anya. Memang lama. Lagipun,dia mahu tidur. Matanya masih tertutup. Tetapi malang,telinga nya masih terbuka dan berfungsi.

"Wey,budak malang. Pergilah bilik lain. Kau buat semak je lah..."

"Apa masalah diorang ni? Aku tak ganggu diorang pun... and siapa kau panggil budak? Aku dah tingkatan 5 lah. Pendek sangat ke aku ni?"
Sempat Dalton membebel di dalam fikirannya.

"Kau berani---"Baru sahaja salah seorang daripada mereka ingin mengeluarkan api untuk menyerang Dalton kerana tidak mempedulikan dirinya,

Sring!

"Please,I just want a sleep."Dalton berkata dengan tangannya yang telah menghasilkan ceracak ais yang dihalakan tepat pada lehernya. Hanya beberapa inci sebelum ianya terkena leher lelaki tersebut.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
(1) Z ClassWhere stories live. Discover now