Bab 67 - peperiksaan penting.

24 4 0
                                    

Tidak lama selepas itu,

Peperiksaan SPAA untuk pelajar tingkatan 5 iaitu dan peperiksaan akhir tahun untuk pelajar tingkatan 4 berlangsung.

Sepanjang ianya berlangsung,tiada masalah yang berlaku. Ianya berjalan lancar tanpa masalah.

Ini kerana,

"Adakah.....kau takkan ganggu kami?...." Roy bertanya kepada Suon yang tidak berbuat apa-apa. Disebabkan dia berada di dalam biliknya dan artifak telah diaktifkan,dia boleh bercakap dengan Suon tanpa menggunakan minda.

"Ah,ah. Jangan fikir ianya selesai di sini."

Kata-kata Suon merisaukan Roy.

"Apa lagi kau nak buat? Tolonglah.... jangan ganggu kami..."Roy meminta sambil mengeratkan tangannya. Bagaikan merayu kepada orang dihadapannya. Walaupun tiada sesiapa di situ.

"Aku akan biarkan diorang selesa dulu. Then,aku akan bertindak."

"......."Roy tidak tahu mahu menjawab apa. Maka,dia hanya diam dan sambung mengulangkaji.

Tetapi,dia sempat juga berfikir. Tidak kiralah ketika dia sedang belajar mahupun semasa peperiksaan sedang berlangsung.

"Boleh ke....aku buat? Sempat ke aku dapatkan keputusan nanti? Dengan keadaan aku yang begini,tiada yang akan chearing untuk aku pun... so,it doesn't matter what result i get.

Besides,I'm a dummy afterall....."

Setelah berminggu-minggu struggle dengan peperiksaan,akhirnya semuanya sudah tamat.

"Alhamdulillah, akhirnya tamat juga peperiksaan sekolah...."

Pernyataan Izati disokong oleh Ivy dan Emy yang menganggukkan kepala mereka dengan laju.

"Ehehe."Izati terhibur dengan gelagat mereka ketawa kecil.

"Sudahlah. Jom balik and rest."

"Jom."

Di sisi pelajar lelaki,

Sedang rakan-rakannya yang lain sedang berehat setelah tamat peperiksaan yang mencabar minda,

Seseorang dilanda masalah.

"Ergh...tolonglah...jangan...apa-apakan.... diorang..." Roy menangis teresak-esak sambil menggenggam cadar katilnya sehingga carik kerana kesakitan yang dirasakan. Dan kerana arahan yang dia perlu lakukan terlalu kejam. Dia tidak sanggup.

Walaupun dirinya terseksa,dia tetap berkeras untuk tidak mengotorkan tangannya.

Suon yang mendengar itu berasa geram. Dia sambung menyeksa Roy dengan menyeksa otaknya.

"AAARGHHH!!!"Roy menjerit sekuat hatinya. Nasib baiklah dia telah mengaktifkan artifak penyendap bunyi sebaik sahaja dia masuk bilik. Malah,dia telah mengunci bilik nya agar tiada tetamu yang tidak diundang tiba-tiba masuk.

Air matanya jatuh melimpah sehingga membasahi katilnya yang sudah kebanyakan nya koyak-rabak.

Suon menyentuh sedikit otaknya tetapi apa yang dia rasakan bagaikan jarum halus yang memasuki otaknya.

Ini belum lagi sentuh jantung,boleh sesak nafas dia. Atau mungkin tidak mempunyai masa untuk bernafas langsung.

"Jangan jadi lemah! Kau kena ingat siapa tuan kau sekarang!"Suon tetap memaksa.

"Aarrghh! Tak....aku....aku takkan....buat.... hisk...hisk...aku takkan....kotorkan tangan aku.... dengan benda begitu! Diorang kawan aku!" Roy tetap bertahan dan kekal dengan pendiriannya.

(1) Z ClassWhere stories live. Discover now