Bab 56 - penyelesaian.

20 4 0
                                    

Pada masa yang sama,Izati yang baru naik ke biliknya setelah selesai makan malam bersama dua orang rakan serumahnya sedang bersiap untuk tidur.

Sehinggalah,

"Kakak!"

"I...Ina?"

"Hisk...hisk...kakak.....sakit..."

Walaupun cemas,Izati tetap dapat menenangkan dirinya.
"Sebelum apa-apa, Ina dah makan ke belum?"Izati bertanya dengan nada lembut.

Amalina menggelengkan kepalanya.

"Baiklah,kamu tenangkan diri dulu. Kakak ambilkan makanan untuk kamu,ye. Jangan risau,ini bilik kakak. Tunggu sekejap,ye."
Baru sahaja Izati ingin turun untuk mengambil makanan,

"Kakak..."bajunya ditarik oleh Amalina bagaikan tidak mahu lepas.

"Kamu duduk sini dulu. Nah,pegang ni." Izati memberikan Al-Quran kepada Amalina agar keresahan gadis kecil itu hilang. Mendapat sahaja Al-Quran itu,Amalina memeluknya dengan air mata yang masih berjurai keluar.

Melihat keadaan Amalina yang hampir tenang, Izati pun turun seketika untuk mengambil makanan.

Sambil-sambil Amalina makan dengan lahap, Izati memeriksa badan Amalina kerana sebentar tadi,Amalina berkata bahawa dia sakit.

Tiba-tiba, dia spot satu tempat.

!

Yang membuatkan dia terkejut. Dia tidak memberitahu Amalina lagi memandangkan gadis itu sedang kelaparan. Jadi,biarlah dia tenang dahulu. Sebelum dia mendapat berita yang mengejutkan.

"Ina,kamu tidur sini dulu,ye?" Izati berkata. Dia pasti,disebabkan gadis itu ke sini secara tiba-tiba, pastinya sesuatu yang buruk sedang berlaku.

Kerana dia pernah memasukkan sebiji kristal ke dalam poket pakaian Amalina ketika mereka bertemu siang tadi. Kristal itu boleh dijadikan sebagai kristal teleport.

Setelah Amalina habis makan,dia sudah bertenang.

Izati masuk semula ke dalam bilik setelah membasuh pinggan mangkuk.

Dengan wajah yang muram.

"Kakak?" Amalina keliru ketika melihat Izati yang memandang ke lantai.

"Ina....kamu....hisk...kamu tahu tak...apa yang sebenarnya....mereka cuba buat kepada kamu?" Izati bertanya. Disebabkan Izati mengangkat wajahnya,Amalina dapat melihat mata Izati yang sudah berlinang dengan air mata.

"A...apa?" Amalina mula cemas dan gugup ketika Izati memandang dirinya bagaikan ianya perkara yang buruk. Tambahan pula dengan pandangan mata yang penuh dengan kesedihan dan kekecewaan pada dirinya.

"Mereka.....cuma hapuskan memori kamu. Tentang kakak,tentang apa yang kamu nampak mengenai kakak. Bukan tu je...mereka juga.... cuba hapuskan terus emosi kamu supaya kamu ikut sahaja kata mereka tanpa bantahan....."Setelah habis berkata sedemikian, Izati jatuh melutut kerana tidak tahan.

Amalina terdiam. Dia tidak tahu mahu merespon apa. Dia masih kecil,belum tahu banyak benda.

".....kakak...yang sebenarnya,emosi saya sebelum ni....pernah terhapus..."Akhirnya, Amalina membuat keputusan untuk memberitahu.

"Jika begitu.....kenapa kamu....masih mempunyai emosi? Sepatutnya ianya masih hilang sehingga sekarang kerana ianya kekal jika dilihat daripada tanda ni. Dan...bagaimana kamu masih boleh ingat kakak?" Izati bertanya pelik dengan air mata yang sudah berhenti.

"Saya tak tahu. Memang pada mulanya,emosi saya hilang tetapi tak lama selepas itu,ianya kembali. Tapi,disebabkan saya tak nak diri saya diketahui,saya masih menurut kata mereka.

(1) Z ClassWhere stories live. Discover now