"Korang....tak nak tebus apa yang musuh buat,ke?" Indra bertanya ketika mereka yang lain sedang makan di taman.
Mereka diberikan waktu rehat sementara menunggu waktu pembelajaran seterusnya.
Mereka kini sedang makan bersama-sama yang lain termasuklah pelajar perempuan yang berada di tikar sebelah.
"......."walaupun mereka memandang sesama mereka,mereka tetap tidak berkata apa-apa. Kerana tidak pasti jawapan yang sesuai yang perlu dikatakan. Malah,Roy sendiri pun terdiam.
Maka,mereka semua terus tidak bersuara. Setelah habis makan,mereka menyimpan barang untuk kembali ke belajar.
"......"seseorang mengeluh ketika melihat rakan-rakannya yang bagaikan berputus asa itu.
"Korang....nak pergi jenguk cikgu-cikgu tak nanti?"seorang pelajar lain bertanya.
Ketika itu,hanya ada tiga orang pelajar di situ.
"Nak."kedua-dua mereka menjawab serentak dengan nada berbeza.
"Alright. Kelas korang habis pukul berapa?" Pelajar tadi bertanya lagi sambil mengemas barangnya.
"Pukul 4 petang."
"Aku punya habis pukul 3:30 petang nanti."
"Kalau macam tu,kita pergi selepas solat asar lah. Senang sikit."pelajar tadi mencadangkan.
Dan ianya mendapat persetujuan daripada yang lain.
"Ok,jom pergi kelas."
Dengan itu,mereka pun kembali ke kelas masing-masing.
Seperti yang dijanjikan,
Setelah mereka solat asar,mereka bersiap untuk menziarahi guru mereka.
"Jom pergi."
"Mereka yang lain dah tahu ke pasal ni? Aku takut diorang tiba-tiba cari kita je. Apatahlagi kawan-kawan kau,Indra."
"Aku dah inform kat diorang. Itu sebab diorang pun nak join."
"Assalamualaikum Roy!"Nieji menyapa Roy,pelajar yang mengajak kedua-dua orang pelajar itu untuk menjenguk guru-guru mereka.
"Assalamualaikum."Shui juga turut menyapa.
"Waalaikumusalam. Korang dah habis kelas ke?" Roy berbasi-basi.
"Ha'ah."Mereka menjawab serentak.
"Ok,kalau macam tu. Valery,kau pulak?" Roy bertanya kepada seorang lagi pelajar yang dia ajak.
"Aku dah beritahu. Dia kalau boleh nak ikut jugak tapi malangnya dia ada banyak kerja sekolah." Valery berkata.
"Ooh..Oklah. semua dah settle,jom pergi." Roy berkata kepada mereka.
"Tak pe ke kita pergi ni?" Valery bertanya was was.
"Tak pe je. Kita sendiri dah lama tak jenguk cikgu-cikgu aku rasa. Lagipun,aku dah minta kebenaran. Ah,I mean, girls dah minta kebenaran."
"Girls?"
"Ha'ah. Aku terdengar dari Izati masa aku nak pergi kelas yang dia ajak Ivy dan Emy untuk jenguk cikgu-cikgu memandangkan dia dah mintak kebenaran. Dah Alang-alang,aku pun tanya kat diorang sama ada aku boleh join atau tidak memandangkan aku pun nak pergi. Dan diorang setuju kalau aku bawak yang lain memandangkan nanti akan muncul fitnah sebab aku seorang je lelaki nanti.
Oh, dan bukan curi dengar tapi terdengar so,jangan salah faham,ok?" Roy berkata terlebih dahulu untuk mengelakkan salah faham.
"Begitu...."
YOU ARE READING
(1) Z Class
FantasyAkademi Ignesius ialah akademi di mana pelajar-pelajarnya dalam kalangan warga Hoxenlight Kingdom. Mereka memasuki akademi tersebut untuk memantapkan lagi kuasa mereka dan pembelajaran mereka untuk digunakan pada masa hadapan. Akademi Ignesius dike...