Sebaik sahaja Joseph menapak masuk ke dalam bas,dia sudah berazam untuk memekakkan telinganya dan membisukan mulutnya. Seperti yang Cikgu Ryomae katakan.
Dia cuba untuk bersabar dengan bunyi bising pelajar-pelajar lain di dalam bas itu.
"Diorang ni budak sekolah rendah ke apa? Bisingnya lain macam." Joseph sempat bermonolog kerana pelajar-pelajar lain bising dengan cara yang 'unik'. Lagi unik daripada kuasa dia yang unik.
"Dari manalah diorang belajar semua tu."
Dia cuba bersabar walaupun setelah dicaci dan dihina oleh mereka yang lain setelah turun dari bas. Ketika dia sedang mengambil angin di pekan kecil Ignite City,terdapat beberapa orang pelajar yang sepertinya tidak puas hati dengan dirinya.
Mereka mengejek mengenai dirinya yang dahulu suka membuli pelajar-pelajar lain,
"Hey,look at that. Nampaknya ada anak ayam sesat lah. Mungkin sebab 'berjauhan dengan kawan-kawan' dia kot."
Mereka membuka cerita mengenai Jefri, Justin, Jazliana dan Justin yang dimasukkan ke dalam penjara atas perbuatan mereka.
"Yeh,you're right. And now,kau dah tak de lah hebat sangat,kan?" Beberspa orang pelajar mula mengepung dirinya.
"A...apa...apa korang nak buat ni?" Dia cuba untuk tidak panik kerana dia masih belum pandai mengawal kuasa api birunya.
"Nothing."
Tanpa dijangka,pelajar-pelajar tersebut menarik Joseph ke tempat yang kurang orang. Malah,tiada orang yang lalu lalang ketika itu.
Joseph mula risau.
"Just nak bagi apa yang kau dah bagi kat kitorang dulu."
"Anggaplah ini karma kau sebab dah buat Macam-macam kat orang lain dulu."
"Bersedia~"
Dua orang lelaki memeluk Joseph dari belakang membuatkan dia tidak dapat bergerak.
"Kita nak bagi dia berapa agaknya? Hey,berapa orang yang dia pernah pukul."
"Entah. Tak terkira."
"Kalau macam tu,kita belasah dia pun tak terkira lah!"
Dua orang lagi pelajar mula memukul muka Joseph yang tidak dapat bergerak itu.
Tidak habis dengan itu,mereka melepaskan dia ke lantai dan mula menyepak dirinya beramai-ramai.
Disebabkan kesakitan yang amat,dia menjerit dan mengerang. Dia mahu melawan tetapi tidak mampu kerana bikangan mereka ramai manakala dia sendirian. Lagipun,dia sudah 'ditawan' dari mula membuatkan dia tidak berkuasa.
Ketika Joseph menjerit kesakitan,pelajar-pelajar tersebut mula ketawa keseronokan.
"Haha,gelak lagi,gelak!"
"Hehe,tak tahu pulak aku keseronokan pukul orang ni."
"Kenapa? Kau nak berhenti?"
"Tak,aku takkan berhenti sampai aku puas sepenuhnya!"
"Aaarggh!!"
"Lagi,lagi!!"Mereka memaksa Joseph untuk menjerit lebih kuat.
Ketika mereka sedang seronok memberikan 'pengajaran',ada yang melihat.
Orang yang melihat itu tidak boleh lepas tangan sahaja. Maka,dia pun 'menyapa' mereka.
"Apa yang korang buat kat situ?""Kau siapa,hah?"pelajar yang paling banyak bercakap tadi bertanya sedangkan mereka yang lain sudah berhenti memukul.
YOU ARE READING
(1) Z Class
FantasyAkademi Ignesius ialah akademi di mana pelajar-pelajarnya dalam kalangan warga Hoxenlight Kingdom. Mereka memasuki akademi tersebut untuk memantapkan lagi kuasa mereka dan pembelajaran mereka untuk digunakan pada masa hadapan. Akademi Ignesius dike...