Bab 13 - cuti

31 4 0
                                    

Setelah pelajar-pelajar lelaki sembuh daripada luka mereka,mereka mula belajar seperti biasa.

Bukan Izati tidak mahu menyembuhkan mereka tetapi,magic penyembuhan yang dia tahu ketika itu memerlukan contact rapat. Iaitu dia perlu menyentuh tempat luka tersebut. Mereka lelaki,lagipun mereka sendiri yang menolak tawaran tersebut.

Dan sepanjang mereka di rumah, mereka belajar sesama mereka sementara gadis-gadis yang lain belajar bersama cikgu masing-masing. Memandangkan peperiksaan awal tahun atau TOV sudah hampir.

Mereka sempat juga memasuki kelas untuk beberapa hari sebelum peperiksaan bermula. Kelas kuasa mereka untuk kali pertama dihabiskan dengan pengajaran Cikgu Hafizi dan Cikgu Ryomae mengenai telepati. Mereka perlu mengajar mereka telepati untuk digunakan kerana kuasa mereka yang kuat maka mereka boleh menguasai nya dengan pantas. Bukan seperti yang lain,mereka memerlukan kelas khas yang mengambil masa beberapa tahun untuk memahiri telepati.

Pejam celik, pejam celik, sudah tiba masanya untuk mereka menghadapi peperiksaan awal tahun beberapa hari selepas mereka memasuki kelas. Disebabkan peperiksaan,waktu petang mereka diluangkan dengan ulangkaji,bukan lagi kelas kuasa memandangkan kelas kuasa tidak mempunyai peperiksaan malah peperiksaan yang ketika itu lebih penting. Maka mereka diberi masa mengulangkaji.

Masa bagaikan pantas bagi mereka,peperiksaan awal tahun sudah tamat.

Pada waktu rehat,di mana pelajar-pelajar tersebut berada bersama cikgu-cikgu mereka untuk makan di pondok yang dihasilkan melalui hasil kerja bersama,mereka berborak.

"Seperti yang kalian tahu,cuti semesta sudah hampir tiba."cikgu Ryomae membuka bicara.

"Lagi tiga hari." Haririe menambah.

"Yep. Dan untuk itu,pengetua sendiri akan cadangkan tempat bercuti kalian kali ini." Pernyataan cikgu Hafizi menyejutkan yang lain.

"!!"

"Apa maksud cikgu?"

"Bertenang. Kalian janganlah risau. Pengetua berniat baik. Kos pergi dan balik kalian ditanggung sepenuhnya oleh pengetua. Seperti yang dijarapkan daripada jutawan negara ini (Berkata perlahan). Korang hanya perlu bawa pakaian dan sedikit makan atau snek untuk korang makan sementara dalam bas ataupun ketika korang lapar."

"Semua pelajar terlibat jadi,tiada yang boleh terlepas."Ryomae menambah.

"Se...se..semua...semua pelajar?!" Mereka memang terkejut habis.

"Lepas ni,korang akan ke dewan utama akademi Ignesius untuk menetapkan tempat yang kalian akan pergi. Bersama pelajar-pelajar yang lain."

"Ergh...."Mereka yang lain mula rasa tak sedap hati.

"Kenapa ni?" Nieji bertanya memandangkan dia dan Shui yang tidak tahu apa-apa.

"Orang-orang luar tak berapa sukakan kita memandangkan kita ni berbeza. Pelajar-pelajar pun termasuk sekali." Haririe menjawab dengan pasrah.

"Aku tak nak kena buli..." Anya merungut.

"Kita tak boleh buat apa. Ini arahan pengetua sendiri. Perlu ikut." Valery menenangkan rakan-rakan nya.

"Alright,lepas habis makan,terus ke dewan,tau. Kami ada kerja sedikit." Selepas memberi salam,cikgu Hafizi dan Ryomae berlalu pergi.

Dengan penuh pasrah,mereka pergi ke dewan utama setelah sudah makan. Dengan menggunakan kuasa masing-masing.

Izati teleportkan rakan-rakan gadis nya, Anya bergerak menggunakan tali hutan yang menjalar untuk bergerak lebih pantas. Sekali pandang,macam tarzan pula.

(1) Z ClassWhere stories live. Discover now