Di sebuah fasiliti yang haram di dalam hutan dalam,
Hari-hari yang sepatutnya 'tenang' dengan latihan para subjek berubah menjadi ganas kerana subjek-subjek tersebut bertindak berlanggar dengan apa yang ditetapkan.
Mereka mula menyerang pekerja-pekerja fasiliti yang cuba membunuh mereka kerana bertindak bertentangan dengan apa yang diarahkan.
Mereka bertindak sedemikian kerana mereka mendapat tahu bahawa diri mereka bukanlah dibuang tetapi diambil secara paksa dari keluarga masing-masing.
Manakala ketua facility memberi alasan untuk mereka tidak keluar,
"Dunia luar terlalu kejam untuk kalian yang masih kecil. Kalian ada potensi untuk menawan dunia,jadi kami didik kalian supaya kalian dapat tawan dengan 'baik'. Bersama bimbingan kami. Jadikan dunia luar 'lebih baik' dari sekarang."Beberapa waktu sebelum perkara besar itu berlaku, ketua fasiliti menunjukkan mereka 'pengajaran ' jika tidak berkelakuan 'baik' atau melawan kata mereka.
"You know, if the world is cruel,you have to be cruel too."
Dia memberi 'pengajaran' dengan membunuh mereka yang bertindak berlawanan dengan apa yang mereka mahukan di hadapan mereka yang lain.
Ketua fasiliti fikir bahawa ianya akan membuatkan mereka lebih takut dan obedient dengannya tetapi,dia silap.
Kerana seorang yang mula bangkit dan menyerang,mereka yang lain turut ikut.
Maka,berlakulah perlawanan di situ. Antara ketua fasiliti bersama orang-orang nya dan subjek-subjek yang terdiri daripada kanak-kanak kecil sehingga remaja. Terdapat subjek yang mempunyai kuasa biasa,terdapat juga yang mempunyai kuasa berbeza.
Cikgu-cikgu yang dapat merasakan aura yang sangat kuat terus bergerak ke sana.
Malangnya,ketika mereka tiba di sana, apa yang mereka lihat hanyalah kemusnahan yang besar.
Fasiliti itu sendiri sudah roboh kerana gabungan kuasa yang kuat.
Ketika mereka dikelilingi oleh mayat-mayat yang bergelimpangan,mereka dapat lihat seorang remaja yang terhuyung-hayang ingin jatuh.
Cikgu Hafizi yang melihat itu terus ke arah remaja tersebut dan menahan remaja itu daripada jatuh.
Badan remaja itu yang sebelum ini dikelilingi aura gelap, telah hilang kerana remaja itu telah pengsan kerana penat dan kekurangan Mana.
"Pergh...ganas betul budak ni. Memang patut dia masuk kelas tu. Tapi,aku rasa kesian jugak sebab budak ni terperangkap kat sini dari lahir."Hafizi berkata sambil mendukung remaja tersebut dibelakang nya.
"Sejak bila kau boleh cakap sentimental macam tu?"Ryomae agak terkejut mendengar itu.
"Hey,that's rude,buddy. Dah lah,jom balik. Aku tak de mood hari ni. Kita rawat dia lepas tu bawa ke rumah budak-budak tu." Hafizi terus meninggalkan Ryomae yang agak tercengang dengan mood rakannya itu.
"Sesuatu pasti dah buatkan dia kecil hati."Ryomae terus memandang sekeliling.
"Boleh tahan teruk."Setelah berkata begitu,dia pun mengikut langkah Hafizi.Seperti yang dikatakan,setelah merawat remaja tersebut,mereka membawa nya ke rumah para pelajar.
Sebelum itu,mereka sempat berfikir mengenai nama dan dokumen yang perlu disediakan untuk memasukkan remaja tersebut di dalam kelas Z. Disebabkan dia berasal dari fasiliti,hal ini bermaksud dia langsung tidak terdedah dengan dunia luar.
"Indra."
"Huh? Dari mana kau dapat nama tu?"Ryomae memandang ke arah rakannya pelik.
"Aku cuma terfikirkan satu nama dan nama Indra yang terkeluar. So,aku rasa Indra bagus,kot." Hafizi berkata.
YOU ARE READING
(1) Z Class
FantasyAkademi Ignesius ialah akademi di mana pelajar-pelajarnya dalam kalangan warga Hoxenlight Kingdom. Mereka memasuki akademi tersebut untuk memantapkan lagi kuasa mereka dan pembelajaran mereka untuk digunakan pada masa hadapan. Akademi Ignesius dike...