Izati pulang ke rumah nya setelah segalanya selesai.
Ketika dia masuk ke dalam rumah,dia ingin ke dapur dahulu untuk meminum segelas air. Letih juga dia bermain minda dengan mereka tadi. Kalau boleh,dia mahu sahaja membunuh mereka kerana dendam lama. Tetapi,dia perlu bersabar. Tak pasal-pasal dia dapat dosa kat situ. Merana dunia akhirat, tak ke naye.
Pada masa yang sama, Emy yang kebetulan lalu setelah ke tandas bertembung dengan Izati yang sedang meminum air di dapur.
Terkejut juga dia apabila ternampak seseorang yang berhoodie membuatkan Izati nampak seperti perompak. Disebabkan gelap, Emy tidak mengenali siapakah gerangan yang berada di dapur itu. Sebagai langkah berjaga-jaga, Emy mengambil apa-apa sahaja yang berdekatan dengannya dan bersedia untuk menyerang. Dia kalau boleh tidak mahu menggunakan kuasanya memandangkan Ian tidak terkawal.
Ketika dia ingin menghayunkan senjatanya,
"Emy?" Suara tersebut membuatkan perbuatannya terhenti.
"Ini Izati lah. Emy tak tidur lagi ke?" Izati menyapa.
Emy menunjukkan ke arah tandas. Izati masih dapat melihat walaupun samar-samar.
"Oh. Sudahlah,jom masuk tidur. Masih awal lagi ni." Izati berkata lembut.
Emy pada mulanya ingin bertanya mengenai Izati yang keluar waktu malam buta begitu tetapi memandangkan Izati tidak mahu membuka cerita,dia tidak bertanya. Lagipun,dia bukanlah seseorang yang suka menyibuk hal orang lain.
Keesokan harinya,para pelajar memasuki kelas masing-masing dan belajar seperti biasa.
Sehinggalah masa pembelajaran mereka terganggu.
"Siapa kamu?"Cikgu Ryomae bertanya sebaik sahaja melihat kedatangan seorang lelaki dewasa ke gunung mereka itu.
Cikgu Hafizi juga berada di situ. Dialah orang yang memberitahu Cikgu Ryomae mengenai kehadiran lelaki tersebut setelah merasakan kehadiran seseorang.
Pelajar-pelajar masih berada di dalam kelas, sedang mengulang kaji pembelajaran mereka sementara guru-guru tersebut menyapa lelaki itu.
"Ah,kalian tak tahu ke?"lelaki tersebut bertanya.
"Tahu apa?"Cikgu Hafizi bertanya kembali.
"Pastinya kalian tak tahu. Bagaimana saya mahu beritahu ye..." Lelaki tersebut berkata sambil membuat gaya berfikir.
"Beritahu sahaja. Aku tak sukakan teka-teki." Cikgu Ryomae berkata tegas kerana dia tidak mahu membuang masa bercakap.
"Erm....mungkin kalian tidak diberitahu oleh pengetua tentang kedatangan guru PJ baru pelajar-pelajar kelas Z ni."Lelaki tersebut berkata.
"Guru PJ?"cikgu Hafizi menelengkan kepalanya.
"Yep. Saya ditugaskan oleh pengetua Martinez untuk menjadi guru PJ untuk kedua-dua kelas mulai hari ini."Lelaki tersebut menjawab.
YOU ARE READING
(1) Z Class
FantasyAkademi Ignesius ialah akademi di mana pelajar-pelajarnya dalam kalangan warga Hoxenlight Kingdom. Mereka memasuki akademi tersebut untuk memantapkan lagi kuasa mereka dan pembelajaran mereka untuk digunakan pada masa hadapan. Akademi Ignesius dike...