Bab 58 - Musuh.

24 5 0
                                    

Walaupun dua hari telah berlalu,Roy masih belum bangun daripada tidurnya.

Tetapi,mereka tidak boleh berbuat apa-apa. Mereka perlu memberikan jejaka tersebut rehat.

Emy dan Ivy baru tahu mengenai itu pada hari persekolahan mereka. Izati yang mendengar itu pula berpura-pura seperti dia juga terkejut.

"Sudah,jangan risaukan tentang Roy. Sekarang,fokuskan pada pembelajaran. Apatahlagi tingkatan 5. Peperiksaan SPAA sudah mendekat. Dan lagi beberapa minggu,kalian semua akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Maka,bersedia."Cikgu Ryomae berkata.

"Bagaimana dengan Roy? Macam mana kalau.....dia tetap tak bangun setelah peperiksaan pertengahan tahun tamat?" Indra bertanya.

"Dia akan menghadapi peperiksaan setelah dua minggu dia bangun. Pastikan kalian tidak memberitahu dia apa-apa mengenai peperiksaan kali ini. Jangan ada kebocoran."Cikgu Ryomae berkata dengan penuh ketegasan.

".....baik."Mereka pun akur.

Dengan itu,mereka menghadapi peperiksaan pertengahan tahun seperti biasa. Peperiksaan mereka tidak diganggu oleh apa-apa maka mereka dapat fokus pada pembelajaran.

Setelah beberapa minggu Peperiksaan pertengahan tahun tamat,

"Roy!!"

Mereka sangat gembira ketika melihat Roy yang sudah keluar dari biliknya.

"Yo,korang dah balik? Mehlah makan. Aku dah bangun pagi tadi jadi,aku tak ada benda nak buat. Rumah dah bersih terima kasih pada korang. And aku dah penat berlatih seorang. Kau tahu,tak syok bila lawan seorang diri. Kena ada lawan jugak..."Ketika Roy berkata begitu, dia sempat memandang ke arah Indra.

Indra yang melihat itu menganggukkan kepalanya tanda setuju.

"Uuu....ada temu janji~"Nieji mengakat Indra.

Belum sempat Indra membalas,

"Janji temu. Bukan temu janji."Shui menyampuk.

"Erk."terdiam Nieji mendengar kesalahannya sendiri.

Mereka yang lain menghiraukan perbualan ketiga-tiga rakan itu dan terus
"Terima kasih,Roy. Susah susah je." berterima kasih.

Sedangkan seorang lagi,
"Sedap ke ni? Ah!" Anya mengadu kesakitan ketika kepalanya diketuk oleh Haririe.

"Aku tanya je..." Anya menjawab ketika melihat pandangan Haririe yang mengatakan bahawa dia tidak sepatutnya cakap begitu.

"Hey,sudahlah tu. Jomlah makan. Nanti sejuk,tak sedap pulak." Roy meleraikan mereka.

"Alright! Thanks Roy!"Mereka pun terus makan tengah hari.

"Ah,Roy." Valery teringat akan sesuatu sebelum dia makan.

"Ye?" Roy yang ketika itu sedang membasuh tangannya memandang Valery.

"Disebabkan kau dah bangun,kau akan hadapi Peperiksaan pertengahan tahun dalam dua minggu ni." Valery berkata.

"Kami dah habis minggu lepas..." Joseph sempat berkata dengan lebih bangga.

"Periksa? Alah,kalau macam ni,nak pengsan baliklah." Roy berkata sambil berlakon dengan penuh drama. Tangannya dibawa ke dahi dengan keluhan.

"Ahahaha!"Mereka yang melihat itu ketawa. Termasuklah Haririe yang hanya ketawa kecil. Kecuali Shui dan Dalton.

"Sekurang-kurangnya dia masih dirinya."Mereka berdua tidak kisah akan tawa mereka yang lain.

"Nampaknya aku kena pergi perpustakaan lah ni. Oklah,aku beritahu cikgu untuk tanya terus pasal jadual peperiksaan aku nanti."Roy berura-ura untuk keluar.

(1) Z ClassWhere stories live. Discover now